F-35 Lightning II

F-35 Lightning II
Pesawat F-35 Joint Strike Fighter melakukan penerbangan ujian di Pangkalan Tentera Udara Edwards, California
Peranan Pejuang Pelbagai Peranan halimunan
Pengeluar Lockheed Martin Aeronautics
Northrop Grumman
BAE Systems
Penerbangan sulung 15 Disember 2006
Mula digunakan F-35B: 31 Julai 2015 (USMC)
F-35A: 2 Ogos 2016 (USAF)
F-35C: 2018 (USN)
Status Dalam perkhidmatan
Pengguna utama Tentera Udara Amerika Syarikat
Kor Marin Amerika Syarikat
Tentera Laut Amerika Syarikat
Tentera Udara Diraja
Dikeluarkan 2006–kini
Jumlah dibina 1,000+
Dibangunkan dari Lockheed Martin X-35

Lockheed Martin F-35 Lightning II adalah sebuah pesawat satu tempat duduk, berenjin tunggal, pelbagai peranan yang mempunyai ciri-ciri halimunan yang boleh melaksanakan pelbagai misi seperti sokongan udara dekat, pengeboman taktikal, dan penguasaan udara. F-35 mempunyai tiga versi yang berbeza; pertama versi berlepas dan mendarat secara konvensional, kedua versi berlepas jarak dekat dan mendarat secara menegak, dan ketiga versi untuk operasi di atas kapal pengangkut pesawat.

F-35 dibangunkan daripada pesawat X-35, merupakan satu produk daripada program Joint Strike Fighter. Pembangunannya dibiayai oleh Amerika Syarikat, dengan United Kingdom dan negara-negara lain menyediakan pembiayaan tambahan. ia telah direka dan dibina oleh pihak industri aeroangkasa yang diketuai oleh firma-firma utama seperti Lockheed Martin, Northrop Grumman dan BAE Systems. Pesawat demonstrasi terbang pada 2000, dengan penerbangan sulung dilakukan pada 15 Disember 2006.

Pada tahun 2018, pesawat F-35 telah digunakan dalam pertempuran buat pertama kalinya, apabila Tentera Udara Israel menerbangkan F-35I ke "seluruh Timur Tengah", dan melaksanakan serangan udara pertama di dunia ke atas dua medan pertempuran yang berbeza.