Kopitiam
Kopitiam atau kopi tiam (lakuran perkataan Melayu kopi dengan Hokkien tiam (店; POJ: tiàm "kedai" sekaligus "kedai kopi") adalah kedai kopi dan sarapan tradisional yang terdapat di Semenanjung Malaysia, Singapura, Sumatera Utara dan Kalimantan Barat. Sajian kopitiam ringkas terdiri daripada aneka pilihan makanan yang mengandungi telur, roti bakar dan kaya, serta minuman seperti kopi, teh, Horlicks dan Milo.