Kongsi (filem)

Kongsi
Poster keluaran tayangan
PengarahFarid Kamil
Penulis
Lakon layarFarid Kamil
Cerita olehFadzil Zahari
Dihasilkan olehDavid Teo
Dibintangi
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehMIG Pictures
Tarikh tayangan
  • 12 Mei 2011 (2011-05-12) (Malaysia)
Masa tayangan
90 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 1.82 juta
Pecah panggungRM 8.09 juta

Kongsi merupakan sebuah filem komedi aksi Malaysia 2011 arahan Farid Kamil dan ditulis bersama oleh Farid dan adiknya Fadzil Zahari terbitan Metrowealth Pictures. Filem ini dibintangi oleh Shaheizy Sam, Fizo Omar dan Yana Samsudin, ia menceritakan seorang pembunuh upahan bernama Tumulak, yang datang ke Malaysia untuk mengucar-ngacirkan kumpulan kongsi gelap yang ada di Malaysia dan hubungan Tumulak dengan ASP Shariff. Filem ini ditayangkan pada 12 Mei 2011 dan telah mencipta rekod dengan mencatat kutipan RM 1.1 juta dalam masa 1 hari tayangan.