Konfederasi Gaya
Konfederasi Gaya 가야 (加倻) | |||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 42–562 | |||||||||||
Peta yang menunjukkan anggaran lokasi Gaya dengan Silla dan Baekje | |||||||||||
| Bahasa yang umum digunakan | Bahasa Gaya | ||||||||||
| Agama | Agama Buddha, Kepawangan | ||||||||||
| Kerajaan | Monarki | ||||||||||
• 42–199 | Suro (pertama, Geumgwan) | ||||||||||
• ?-562 | Doseolji (terakhir, Dae) | ||||||||||
| Era Sejarah | Purba | ||||||||||
• Pengasasan | 42 | ||||||||||
• Penyerahan kepada Silla | 562 | ||||||||||
| |||||||||||
| Sekarang sebahagian dari | Korea Selatan | ||||||||||
| Konfederasi Gaya | |
Tembikar berbentuk itik dari Gaya, abad ke-5 atau ke-6. | |
| Nama Korea | |
|---|---|
| Hangul | 가야 |
| Hanja | |
| Perumian Semakan | Gaya |
| McCune–Reischauer | Kaya |
Gaya (Korea: 가야; Hanja: 加倻; RR: Gaya, sebutan bahasa Korea: [ka.ja]; Jawi: كاي) ialah gabungan wilayah-wilayah tatanegara Korea di lembah Sungai Nakdong di selatan Korea, berkembang daripada konfederasi Byeonhan pada zaman Samhan.
Zaman tradisional yang digunakan oleh sejarawan untuk kronologi Gaya adalah 42–532 Masihi. Menurut bukti arkeologi pada abad ketiga dan keempat, beberapa buah kota-kota Byeonhan berkembang menjadi konfederasi Gaya, yang kemudian diilhak oleh Silla, salah satu daripada Tiga Kerajaan Korea. Tatanegara individu yang membentuk konfederasi Gaya telah dicirikan sebagai negara kota kecil. Bahan tinggalan budaya Gaya terutamanya terdiri daripada pengebumian dan kandungan barang-barang jenazah yang telah digali oleh ahli arkeologi. Ahli arkeologi menafsirkan bahawa tanah perkuburan yang dibina pada akhir abad ketiga dan awal abad keempat seperti Daeseong-dong di Gimhae dan Bokcheon-dong di Busan sebagai tanah perkuburan diraja Gaya.