Konfederasi Byeonhan
| Konfederasi Byeonhan | |
| Hangul | 변한 atau 변진 |
|---|---|
| Hanja | 弁韓 atau 弁辰 |
| Perumian Semakan | Byeonhan atau Byeonjin |
| McCune–Reischauer | Pyŏnhan atau Pyŏnjin |
Byeonhan (Korea: 변한; Hanja: 弁韓; RR: Byeonhan, sebutan bahasa Korea: [pjʌn.ɦan]; Jawi: بيونهان), juga dikenali sebagai Byeonjin, (Korea: 변진; Hanja: 弁辰; RR: Byeonjin, sebutan bahasa Korea: [pjʌn.dʑin]; Jawi: بيونجين) ialah sebuah gabungan chiefdom yang wujud sejak sekitar awal Masihi hingga abad ke-4 di semenanjung Korea selatan. Byeonhan ialah salah satu Samhan (atau "Tiga Han"), bersama dengan Mahan dan Jinhan.