Kepawangan Korea

Dahulunya, banyak penduduk tanah Korea menganut agama nekadewa dan animistik asal yang wujud sejak zaman prasejarah dan terdiri daripada penyembahan dewa-dewi (bahasa Korea: 신 shin) dan nenek moyang (조상 josang) serta roh alam (Korea: 신교, Hanja 神敎; Shingyo atau Shinkyo, "agama roh/dewa" atau 신도 Shindo; Hanja: 神道, "cara roh / tuhan"; juga dikenali sebagai Shinisme atau Sinisme); pemujaan roh ini sering diketuai pawang dipanggil mu (Hangul: 무, Hanja: 巫 serapan wu 巫, yang mentakrifkan pawang lelaki dan perempuan) yang bertindak sebagai perantara antara roh semangat atau dewa-dewi dengan umat manusia untuk menyelesaikan halangan dalam kehidupan melalui amalan ritual seperti 굿 gut yang turut menyimpan kepercayaan mengenai penciptaan alam mereka.

Kepawangan Korea telah mempengaruhi beberapa agama baru Korea, seperti Cheondoisme dan Jeungsanisme, dan beberapa gereja Kristian di Korea menggunakan amalan yang berakar pada kepawangan ini.