Komtar
| Kompleks Tun Abdul Razak | |||||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
光大大厦 (Cina) | |||||||||||||||
Menara Komtar pada 2023. | |||||||||||||||
| Ketinggian yang direkodkan | |||||||||||||||
| Tertinggi di Asia Tenggara dari 1 Januari 1985 hingga 10 November 1986 | |||||||||||||||
| Didahului oleh | 6 Shenton Way | ||||||||||||||
| Diatasi oleh | One Raffles Place | ||||||||||||||
| Maklumat umum | |||||||||||||||
| Status | Siap | ||||||||||||||
| Jenis | Pencakar langit | ||||||||||||||
| Gaya seni bina | Brutalisme | ||||||||||||||
| Lokasi | Jalan Penang, George Town, Pulau Pinang, Malaysia. | ||||||||||||||
| Negara | Malaysia | ||||||||||||||
| Koordinat | 5°24′52″N 100°19′45″E / 5.4145°N 100.3292°E | ||||||||||||||
| Pecah tanah | 1 Januari 1974 | ||||||||||||||
| Pembinaan bermula |
| ||||||||||||||
| Upacara atas bumbung | 1 Januari 1985 | ||||||||||||||
| Disiapkan pada |
| ||||||||||||||
| Pembukaan |
| ||||||||||||||
| Dirasmikan pada | 1 Januari 1977 | ||||||||||||||
| Pembiayaan | RM 279.5 juta | ||||||||||||||
| Pemilik | |||||||||||||||
| |||||||||||||||
| Reka bentuk dan seni bina | |||||||||||||||
| Arkitek | Lim Chong Keat Buckminster Fuller Pasukan Arkitek 3 | ||||||||||||||
| Pemaju | Perbadanan Kemajuan Pulau Pinang | ||||||||||||||
| Jurutera penstrukturan | Ove Arup & Partners | ||||||||||||||
| Rujukan | |||||||||||||||
| I. ↑ | |||||||||||||||
| sunting · sunting di Wikidata | |||||||||||||||
Kompleks Tun Abdul Razak (singkatan Komtar) ialah sebuah kompleks sivik di bandaraya George Town, Pulau Pinang. Selepas kesiapan pembangunan Menara Komtar pada tahun 1985, menara tersebut yang berketinggian 231.7 meter (760 ka) merupakan bangunan tertinggi di Asia Tenggara sehingga tahun 1986. Selain Menara Komtar, kompleks ini juga termasuk sebuah hotel, empat pusat membeli-belah, sebuah taman bandar dan perhentian berpusat rangkaian bas awam. Ruang kompleks ini berkeluasan 1,420,000 kaki persegi (132,000 m2) yang dibina atas blok bandar seluas 27-ekar (11 he). Kini, Komtar merupakan ibu pejabat pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang dan ketua menteri Pulau Pinang.
Kompleks utama Komtar dibina dari tahun 1974 hingga tahun 1986 dengan kos pembangunan sebanyak RM279.5 juta (bersamaan RM642.5 juta pada 2023). Pada asalnya, kerajaan Pulau PInang sudah bercadang untuk membina sebuah kompleks sivik dan komersial di pusat bandar George Town pada tahun 1962. Projek ini diluluskan pada tahun 1969 oleh ketua menteri Lim Chong Eu. Persediaan pembinaan kompleks ini bermula pada tahun 1971 dan dilaksanakan oleh Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang pada tahun 1972. Kompleks bersifat brutalis ini direka oleh arkitek Lim Chong Keat, dan dipisah kepada lima fasa pembangunan. Walau bagaimanapun, hanya dua fasa disiap dalam perancangan asalnya. Tiga fasa lain kemudiannya dibina secara berasingan antara tahun 1996 hingga tahun 2019. Pada tahun 2015, pengubahsuaian kompleks utama bertambah ketinggian Menara Komtar sampai 249 meter (817 ka).
Legasi pembinaan Komtar bercampur-campur. Reka bentuk kompleks tersebut dilihat mendahului zamannya dan disifatkan sebagai sebuah "bandar dalam bandar", dan merupakan projek pembaharuan semula bandar yang terbesar dalam sejarah pembangunan Malaysia. Tetapi, Komtar akhirnya gagal mencapai matlamat pemuliharaan pusat bandaraya George Town. Projek ini juga bersifat kontroversial kerana proses pembangunannya telah melibatkan pemindahan besar-besaran penduduk bandar dan telah menyebabkan pecerobohan sebahagian besar pekan lama bandaraya. Oleh itu, Komtar membawa kepada kebangkitan pembangkang yang secara tidak langsung mencipta gerakan pemeliharaan warisan di Pulau Pinang. Pada tahun-tahun kemudiannya, Komtar dicabar oleh masalah pemeliharaan dan infrastruktur yang usang akibat penyelenggaraan yang tidak mencukupi. Namun begitu, Komtar masih melambangkan kemakmuran negeri Pulau Pinang sebagai pusat perkilangan negara Malaysia, dan merupakan salah satu mercu tanda bandaraya George Town yang paling diiktiraf. Ia juga dipuji sebagai "antara simbol negara hebat yang terakhir pada tahun 1970-an".