Taman Bandar Arkeologi Sia Boey

Taman Bandar Arkeologi Sia Boey
社尾都市考古公园 (Cina)
சியா போயே நகர்ப்புற தொல்பொருள் பூங்கா (Tamil)
JenisTaman bandar
Lokasi50, Jalan Prangin, George Town, Pulau Pinang, Malaysia
Koordinat5°24′45″N 100°20′01″E / 5.4124°N 100.33352°E / 5.4124; 100.33352
Dibangunkan
09 November 2019 (2019-11-09)
Dikendalikan olehPerbadanan Pembangunan Pulau Pinang
Dibuka untuk
Setiap hari 6 pagi sehingga 11 malam
Capaian transit awam
Stesen Laluan Bayan Lepas Komtar
sunting

Taman Bandar Arkeologi Sia Boey, atau lebih dikenali secara tempatan sebagai Sia Boey, ialah sebuah taman bandar berunsur arkeologi bandar yang terletak di tengah-tengah bandar raya George Town dalam negeri Pulau Pinang, Malaysia. Terletak di Jalan Prangin, ia diiktiraf sebagai taman arkeologi bandar pertama di negara ini.

Taman Arkeologi Bandar Sia Boey menempatkan pelbagai kemudahan rekreasi, termasuk sebuah terusan Prangin yang dipulihkan dan dipenuhi ikan koi, pokok-pokok besar yang telah berusia, serta taman permainan kanak-kanak, yang semuanya dibuka kepada orang awam. Taman ini diselenggara oleh Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC). Kos bagi kerja-kerja mengalihkan dan memulihkan semula terusan lama, termasuk pembinaan terusan baharu dan kerja-kerja "arkeologi", adalah sebanyak RM9.1 juta, manakala Pasar Prangin Lama sedang dipulih pada kos sebanyak RM5.1 juta.