Lim Chong Eu

Lim Chong Eu
SSM (Malaysia); DUPN (Pulau Pinang); DA (Sarawak)
林苍佑
Ketua Menteri Pulau Pinang
Dalam jawatan
19 Mei 1969 – 25 Oktober 1990
GabenorTun Syed Sheh Syed Hassan Barakbah
Tun Sardon Jubir
Tun Dr. Awang Hassan
Tun Hamdan Sheikh Tahir
Didahului olehTan Sri Wong Pow Nee
Digantikan olehTan Sri Dr. Koh Tsu Koon
Presiden Persatuan Cina Malaysia
Dalam jawatan
Mac 1958 – Julai 1959
Didahului olehTun Tan Cheng Lock
Digantikan olehDr. Cheah Toon Lok (pemangku)
Tun Tan Siew Sin
Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia
Dalam jawatan
1969–1980
Didahului olehProfesor Dato' Dr. Syed Hussein Alatas
Digantikan olehTun Dr. Lim Keng Yaik
Maklumat peribadi
Lahir(1919-05-28)28 Mei 1919
Pulau Pinang, Negeri-negeri Selat, British Malaya (kini Malaysia)
Meninggal dunia24 November 2010(2010-11-24) (umur 91)
Tanjung Bungah, Pulau Pinang, Malaysia
KewarganegaraanMalaysia
Parti politikGerakan (1968–1990)
Parti Demokratik Bersatu (1962–1968)
MCA (1952–1962)
Parti Radikal Malaya (1951–1952)
PasanganToh Puan Datin Seri Utama Goh Sing Yeng
Anak4
KediamanTanjung Bungah, Pulau Pinang, Malaysia
PekerjaanDoktor perubatan
Ahli politik
Paparan amaran: Page using Template:Infobox officeholder with unknown parameter "religion"

Tun Dato' Seri Utama Dr. Lim Chong Eu (28 Mei 1919 – 24 November 2010) seorang ahli politik Malaysia berketurunan Cina yang berkhidmat sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang ke-2 dari Mei 1969 hingga Oktober 1990 dan merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang yang paling lama berkhidmat. Beliau juga merupakan salah satu pengasas Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN)bersama sama V. Veerapan,Syed Hussain Alatas, Dr. Tan Chee Khoon, Dr. J.B.A. Peter dan Professor Wang Gungwu.

Beliau dikenali kerana dasar yang lebih pro-Cina berbanding pemimpin-pemimpin lain pada waktu itu. Lim Chong Eu berusaha untuk meningkatkan kedudukan bahasa Cina dalam sistem pendidikan dan dalam kehidupan rasmi. Salah satu cadangan kontroversial yang beliau kemukakan adalah untuk menjadikan bahasa Cina sebagai salah satu bahasa rasmi negara, bersaing dengan bahasa Melayu, yang merupakan bahasa kebangsaan Malaysia.Namun, cadangan ini mendapat tentangan hebat dari Tunku Abdul Rahman dan ramai pemimpin Melayu yang bimbang ia akan mengancam perpaduan nasional serta dominasi bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Pada masa itu, Malaysia sedang dalam proses membina identiti nasional yang berasaskan kepada konsep "satu bangsa, satu bahasa", dengan bahasa Melayu sebagai elemen penting dalam perpaduan kaum.