Angkatan Tentera Soviet

Angkatan Tentera
Kesatuan Republik Sosialis Soviet
Вооружённые Силы Союза Советских Социалистических Республик
Vooruzhonnyye Sily Soyuza Sovetskikh Sotsialisticheskikh Respublik

Diasaskan 15 Januari 1918
Dibubarkan 26 Disember 1991
Cabang khidmat Tentera Darat
Tentera Udara
Tentera Laut
Angkatan Pertahanan Udara
Angkatan Peluru Berpandu Strategik

Pasukan Airborne Kesatuan Soviet
Pasukan Sempadan KGB Soviet

Ibu pejabat Kementerian Pertahanan, Daerah Khamovniki, Moscow, RSPS Rusia, Soviet Union
Kepimpinan
Setiausaha Agung Joseph Stalin (1922–1952)
Mikhail Gorbachev (1985–1991)
Menteri Pertahanan Nikolai Podvoisky (1917–1918)
Yevgeny Shaposhnikov (1991)
Ketua Turus Am Pavel Pavlovich Lebedev (1921–1924)
Vladimir Lobov (1991)
Usia masuk tentera 18–35
Pengerahan 2 tahun (tentera darat & udara) 3 tahun (tentera laut)
Sedia berkhidmat
dalam tentera
92,345,764 (1991), usia 18–35
Kakitangan aktif 4,490,000 (1990)
Kakitangan simpanan 35,745,000
Perbelanjaan
Bajet $290 bilion (1990)
Peratusan KDNK 12.9% (1990)
Rencana berkaitan
Sejarah Sejarah ketenteraan Kesatuan Soviet
Pangkat Pangkat tentera Kesatuan Soviet

Angkatan Tentera Soviet, juga dipanggil Angkatan Tentera Kesatuan Republik Sosialis Soviet dan Angkatan Tentera Kesatuan Soviet (Rusia: Вооружённые Силы Союза Советских Социалистических Республик Vooruzhonnyye Sily Soyuza Sovetskikh Sotsialisticheskikh Respublik, Вооружённые Силы Советского Союза) adalah angkatan tentera RSPS Rusia (1917–1922), Soviet Union (1922–1991) dan Parti Komunis Kesatuan Soviet (1912–1991) daripada permulaannya selepas Perang Saudara Rusia sehinggalah Pembubarannya pada 26 Disember 1991.

Menurut undang-undang perkhidmatan tentera Kesatuan pada September 1925, Angkatan Tentera Soviet terdiri daripada tiga komponen: iaitu Tentera Darat, Tentera Darat, Tentera Laut, Direktorat Politik Negara (OGPU), dan pengawal konvoi. OGPU kemudian menjadi bebas dan digabungkan dengan NKVD pada tahun 1934, manakala Pasukan Dalam Negeri berada dibawah pengurusan bersama Komisariat Pertahanan dan Komisariat Dalam Negeri. Selepas Perang Dunia II, Angkatan Peluru Berpandu Strategik (1959), Angkatan Pertahanan Udara (1948) dan pasukan Kesatuan Angkatan Pertahanan Awam Nasional (1970) telah ditambah, berada dikedudukan pertama, ketiga dan keenam dari segi kepentingan dalam perkhidmatan rasmi Soviet (dengan Tentera Darat di tempat kedua, Tentera Udara di tempat keempat, dan Tentera Laut ditempat kelima).