Komandarm Pangkat Pertama

Panglima Ketumbukan Gred Pertama/Panglima Tentera Darat Medan
командующий армией 1-го ранга
Lencana kolar
Negara Kesatuan Soviet
Cawangan khidmatTentera Merah
KependekanKomandarm Gred Pertama
Formasi1935
Digugurkan1940
Pangkat tinggi seterusnyaMarsyal Kesatuan Soviet
Pangkat rendah sebelumnyaKomandarm Pangkat Kedua
Pangkat setaraPegawai Berbendera Armada Gred Pertama

Komandarm Pangkat Pertama (Rusia: командарм 1-го ранга) ialah singkatan kata kepada Komander Army Gred Pertama (Rusia: командующий армией 1-го ранга, rumi: komanduyushchiy armiyey 1-go ranga; har.panglima ketumbukan gred pertama), dan merupakan satu pangkat tentera dalam Angkatan Tentera Soviet KRSS dalam tempoh dari 1935 hingga 1940. Ia juga merupakan gelaran bagi anggota tentera yang dilantik untuk memerintah formasi bersaiz kumpulan tentera darat atau barisan (XXXXX).

Sehingga tahun 1940, ia merupakan pangkat kedua tertinggi dalam Tentera Merah. Ia setaraf dengan Komisar Ketumbukan Gred Pertama (ru: армейский комиссар 1-ого ранга) bagi kakitangan politik dalam semua cabang tentera, Pegawai Berbendera Armada Gred Pertama (ru: флагман флота 1-ого ранга) dalam tentera laut Soviet, atau Komisar Keselamatan Negara Gred Pertama (ru: комиссар государственной безопасности 1-ого ранга). Dengan pengenalan semula pangkat jeneral tetap, gelaran Komandarm Gred Pertama telah dimansuhkan dan digantikan dengan Jeneral Ketumbukan (OF-9).