Lencana leher

Lencana leher ialah sejenis anugerah kebesaran negara yang direka bentuk untuk dipakai dan dipamerkan di bawah leher, bukan digantung di dada seperti amalan biasa bagi kebanyakan pingat dan bintang.

Pada Zaman Pertengahan, kebanyakan lambang sesuatu darjah dipakai pada kalung – rujuk kalung pakaian istiadat. Kemudian, pada abad ke-16, lambang Order of the Holy Spirit Perancis mula dipakai menggunakan reben. Menjelang akhir abad ke-17, apabila sesuatu darjah dibahagikan kepada beberapa kelas, salib/bintang pada reben di leher menjadi keistimewaan bagi pangkat panglima. Anugerah pada pangkat ini biasanya diberikan kepada pegawai berpangkat tinggi seperti brigedier, konsul, dan setiausaha negara.

Seorang wanita biasanya memakai salib panglima pada bentuk reben ikatan (bow) di bahu gaunnya.

Dalam darjah kesatria seperti Sovereign Military Order of Malta atau Teutonic Order, lambang kesatria dipakai tergantung dari seutas reben di leher. Hal yang sama juga berlaku bagi Order of the Golden Fleece.

Pada abad ke-19, adalah tidak luar biasa untuk seseorang memakai Salib Besar (Grand Cross)—yang kebiasaannya digantung dengan reben dari bahu ke pinggul—sebagai lencana leher apabila cara itu dianggap lebih mudah atau apabila individu itu memakai satu lagi Salib Besar.