Kliment Voroshilov

Kliment Voroshilov
Климент Ворошилов
Voroshilov pada tahun 1937
Pengerusi Presidium Soviet Tertinggi Kesatuan Soviet
Dalam jawatan
15 Mac 1953 – 7 Mei 1960
Setiausaha PertamaNikita Khrushchev
Didahului olehNikolay Shvernik
Digantikan olehLeonid Brezhnev
Komisar Rakyat bagi Pertahanan Kesatuan Soviet
Dalam jawatan
6 November 1925 – 7 Mei 1940
PremierAlexey Rykov
Vyacheslav Molotov
Didahului olehMikhail Frunze
Digantikan olehSemyon Timoshenko
Ahli penuh Politburo ke-14, ke-15, ke-16, ke-17, ke-18, ke-19, dan ke-20 Presidium
Dalam jawatan
1 Januari 1926 – 16 Julai 1960
Maklumat peribadi
Lahir
Kliment Yefremovich Voroshilov

(1881-02-04)4 Februari 1881
Verkhneye, Uyezd Bakhmut, Gabenor Yekaterinoslav, Empayar Rusia
Meninggal dunia2 Disember 1969(1969-12-02) (umur 88)
Moscow, RSFS Rusia, Kesatuan Soviet
Tempat semadiTembok Kremlin Necropolis, Moscow
KewarganegaraanRusia
Parti politikRSDLP (Bolshevik) (1903–1918)
Parti Komunis Rusia (Bolshevik)/Parti Komunis Kesatuan Soviet (1918–1961, 1966–1969)
PasanganEkaterina Davidovna
Anugerah awamWira Kesatuan Soviet (dua kali)
Hero of Socialist Labour
Order of Lenin (lapan kali)
Order of the Red Banner (enam kali)
Order of Suvorov
Perkhidmatan tentera
Kesetiaan RSFS Rusia
(1918–1922)
 Kesatuan Soviet
(1922–1961)
Cabang/khidmat Tentera Merah
(1918–1946)
Tentera Soviet
(1946–1961)
Tahun khidmat1918–1961
Pangkat Marsyal Kesatuan Soviet
PangkalanWilayah Tentera Caucasus Utara
Wilayah Tentera Moscow
Barisan Leningrad
Perang/Pertempuran


Kliment Yefremovich Voroshilov (Rusia: Климент Ефремович Ворошилов Templat:Pronounciation; Ukraine: Климент Охрімович Ворошилов, rumi: Klyment Okhrimovych Voroshylov), lebih dikenali sebagai Klim Voroshilov (Rusia: Клим Ворошилов; 4 Februari 1881 – 2 Disember 1969), ialah seorang pegawai tentera Soviet dan ahli politik yang terkenal semasa era Stalin (1924–1953). Beliau merupakan salah seorang daripada lima orang pertama yang dilantik sebagai Marsyal Kesatuan Soviet, iaitu pangkat ketenteraan tertinggi kedua dalam Kesatuan Soviet (dibawah Generalisimo Kesatuan Soviet, yang hanya disandang oleh Joseph Stalin), dan berkhidmat sebagai Pengerusi Presidium Tertinggi Soviet, ketua negara Soviet secara nominal, dari 1953 hingga 1960.

Dilahirkan dalam keluarga pekerja Rusia di Ukraine, Voroshilov terlibat dalam Revolusi Rusia 1917 sebagai ahli awal Bolshevik. Beliau berkhidmat dengan cemerlang dalam Pertempuran Tsaritsyn, di mana beliau menjadi sahabat rapat Stalin. Voroshilov telah dipilih ke Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Kesatuan Soviet pada tahun 1921, dan pada tahun 1925 Stalin melantiknya sebagai Komisar Rakyat untuk Hal Ehwal Ketenteraan dan Laut (kemudian Komisar Rakyat bagi Pertahanan). Pada tahun 1926, beliau menjadi ahli penuh Politburo Parti Komunis Kesatuan Soviet. Pada 20 November 1935, Voroshilov telah dianugerahkan pangkat Marsyal Kesatuan Soviet.

Apabila Perang Dunia II meletus, Voroshilov dipersalahkan atas kegagalan Soviet di Finland semasa Perang Musim Sejuk dan telah digantikan sebagai Komisar Pertahanan oleh Semyon Timoshenko. Selepas pencerobohan Jerman pada Jun 1941, beliau dilantik semula ke dalam Jawatankuasa Pertahanan Negara. Voroshilov gagal menghentikan kepungan Jerman ke atas Leningrad dan sekali lagi digugurkan daripada jawatannya pada September 1941.

Selepas perang, Voroshilov mengetuai penubuhan rejim sosialis di Hungary. Selepas kematian Stalin pada tahun 1953, Voroshilov telah dilantik sebagai Pengerusi Presidium Tertinggi Soviet. Kedudukannya mula merosot semasa kebangkitan Nikita Khrushchev dan Soviet Tertinggi telah berpaling menentangnya. Beliau meletak jawatan secara aman pada tahun 1960, namun kembali daripada persaraan pada tahun 1966 dan menyertai semula parti. Voroshilov meninggal dunia pada tahun 1969 pada usia 88 tahun.