Generalisimo Kesatuan Soviet

Generalisimo Kesatuan Soviet
Generalissimus Sovyétskovo Soyuza

Insignia cadangan


Epaulet cadangan

Negara Kesatuan Soviet
Cabang perkhidmatan Angkatan Tentera Soviet
Pangkat Pangkat enam bintang
Diperkenalkan 1945
Persamaan
NATO
OF-11
Pangkat rendah seterusnya

Marsyal Kesatuan Soviet

Pangkat rendah seterusnya Laksamana Armada Kesatuan Soviet
Persamaan pangkat Generalisimo

Generalisimo Kesatuan Soviet (Rusia: Генералиссимус Советского Союза; Generalissimus Sovyétskovo Soyuza) adalah pangkat tentera cadangan yang dizahirkan pada 27 Jun 1945, mengikuti tradisi Tentera Darat Imperial Rusia (pangkat berkenaan dipegang sebanyak 4 kali. Pertama disandang oleh Negarawan Rusia Aleksei Shein dan yang terakhir disandang oleh Count Aleksandr Vasiliyevich Suvorov ). Pangkat ini diberikan kepada Joseph Stalin selepas Perang Dunia II; walau bagaimanapun, Stalin menolak secara rasmi kelulusan pangkat ini dan meninggal dunia dengan pangkat Marsyal Kesatuan Soviet. Ia akan menjadi pangkat tentera tertinggi dalam Soviet Union bersamaan dengan pangkat enam bintang.