Kisah Para Rasul
| Sebahagian dari Alkitab Kristian | ||||
| Perjanjian Baru | ||||
|---|---|---|---|---|
|
|
||||
| ||||
Kitab Kisah Para Rasul ialah buku kelima di Perjanjian Baru dalam Alkitab Kristian, yang kebanyakannya mengandungi pembentukan pertama gereja Kristian dan pertumbuhannya sehingga pertengahan abad pertama Masihi . Kisah Para Rasul dipercayai telah ditulis oleh Lukas, dan merupakan kesinambungan dari Injil Lukas . Walaupun ia boleh dianggap sebagai satu kesatuan, pemisahan dengan Injil Lukas sudah wujud dalam manuskrip tertua.