Surat kepada Orang Ibrani
| Sebahagian dari Alkitab Kristian | ||||
| Perjanjian Baru | ||||
|---|---|---|---|---|
|
|
||||
| ||||
Surat kepada orang Ibrani adalah salah satu buku Perjanjian Baru dalam Alkitab Kristian dan merupakan tulisan teologi dari zaman awal Kekristianan yang disusun menurut peraturan bahasa Yunani yang baik . Kristologi yang dibentangkan di dalamnya adalah kristologi yang kompleks. Sebagai surat, buku ini tidak mempunyai ucapan seperti surat-surat yang dihantar ketika itu. Buku ini lebih seperti khutbah yang mengandungi huraian teologi yang kompleks dan penuh teka-teki. Di dalamnya, bukan sahaja dijelaskan tentang keistimewaan Yesus sebelum tradisi Yahudi, tetapi juga dalam konteks falsafah platonik.