Khairuddin A Rahim

Khairuddin A Rahim
Ahli Dewan Negeri
Ketua PKR cabang Batu Pahat
Dalam jawatan
2022–2025
Ahli Dewan Negeri Johor
untuk Senggarang
Dalam jawatan
28 Jun 2018 – 22 Januari 2022
Didahului oleh A. Aziz Ismail
Digantikan oleh Mohd Yusla Ismail
Maklumat peribadi
Lahir (1959-04-23) 23 April 1959
Batu Pahat, Johor
Parti politik (-2015)
(2015-2021)
(2021-kini)
PasanganNoraini Aman
PekerjaanAhli politik

Khairuddin A Rahim (lahir 23 April 1959) merupakan seorang ahli politik di Malaysia. Beliau merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi Senggarang, Johor dari 2018 hingga 2022. Beliau juga merupakan setiausaha Parti Amanah Negara (AMANAH) negeri Johor. Beliau pernah bertanding semasa Pilihan Raya Umum Malaysia Ke-13 di kawasan Parlimen Parit Sulong atas tiket Parti Islam Se-Malaysia (PAS) tetapi telah ditewaskan. Selepas itu, beliau telah menyertai parti AMANAH dan berjaya menewaskan calon-calon dari Barisan Nasional dan PAS di DUN Senggarang dengan majoriti yang kecil iaitu 809.

Beliau pernah memintah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat Tabung Amanah Sumbangan Kuota Bumiputera Negeri Johor kerana dipercayai berlaku penyelewengan. Khairuddin juga mengemukakan usul tergempar untuk Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Ne­geri Johor mengkaji semula status Taman Negara Pulau Kukup.

Pada 2021, beliau bersama dengan 3 orang ADUN AMANAH Johor yang lain telah meninggalkan AMANAH dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR). Pada Pilihan Raya Negeri Johor 2022, beliau dicalonkan oleh PKR untuk bertanding di kawasan DUN Rengit.