Khafre

Khafre atau Khefren (mangkat s. 2532 SM) ialah seorang pemerintah Mesir purba yang merupakan raja keempat Dinasti Keempat, pada separuh pertama tempoh Kerajaan Lama (s. 2700–2200 SM). Baginda anak kepada raja Khufu, dan menggantikan abang baginda Djedefre ke takhta.

Piramid besar Khafre di Giza, Piramid Khafre, hanya dilebihi oleh bapa baginda (Piramid Agung). Sfinks Agung Giza juga dibina untuk baginda, menurut beberapa ahli mesir, walaupun ini masih belum disahkan. Tidak banyak yang diketahui tentang Khafre selain daripada laporan Herodotus, seorang ahli sejarah Yunani yang menulis 2,000 tahun kemudian.