Kesan pandemik COVID-19 terhadap industri fesyen

Pandemik COVID-19 memberi kesan besar kepada industri fesyen di seluruh dunia. Penjarakan sosial yang diterapkan oleh banyak kerajaan/pemerintah di dunia berimplikasi pada penutupan kilang dan kedai, serta pembatalan peragaan busana dan aktiviti fesyen lain. Pandemik juga memberi kesan signifikan kepada seluruh jenama dan syarikat fesyen di dunia, bermula dari penurunan pendapatan hingga pemfailan muflis. Cabaran lain yang muncul ialah bagaimana menangani permintaan pengguna saat ini. Selain cabaran dan kesulitan, pandemik juga membawa sejumlah peluang baru, antara lain berupa pengeluar pelitup muka yang bergaya dan pengembangan industri fesyen yang lebih berkembang maju, termasuk di antaranya platform penyewaan pakaian.