Pandangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia terhadap pandemik COVID-19
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ialah sebuah pertubuhan sedunia yang menangani penyelarasan global berkaitan pencegahan pandemik koronavirus. Pada 5 Januari 2020, WHO memberitahu seluruh dunia adanya "pneumonia yang tidak diketahui penyebabnya" dari China dan yang diikuti dengan siasatan untuk penyakit tersebut. Pada 20 Januari, WHO mengesahkan pemindahan penyakit ini dari manusia ke manusia. Pada 30 Januari, pertubuhan itu mengisytiharkan wabak ini sebagai Darurat Kesihatan Awam Keprihatinan Antarabangsa dan memberi amaran kepada seluruh dunia untuk bersiapsiaga. Pada 11 Mac, WHO berkata wabak itu telah disahkan sebagai pandemik. WHO telah mengadakan beberapa inisiatif antarabangsa, seperti Dana Respons Solidariti COVID-19 untuk membantu dana, dan Ujian Solidariti untuk menyiasat rawatan potensi untuk penyakit ini.
Sebagai tindak balas terhadap wabak itu, WHO harus menangani konflik politik antara negara-negara anggota, khususnya antara Amerika Syarikat dan China.