Pandemik COVID-19 di Asia

Pandemik COVID-19 di Asia
Peta pandemik koronavirus di Asia setakat 29 Mac 2020
  tiada kes disahkan
  1–9 kes disahkan
  10–49 kes disahkan
  50–99 kes disahkan
  100–499 kes disahkan
  500–999 kes disahkan
  1000–4999 kes disahkan
  5000–9999 kes disahkan
  10000+ kes disahkan
  kes yang disyaki
PenyakitCOVID-19
Baka virusSARS-CoV-2
LokasiAsia
Asal wabakWuhan, Hubei, China
Kes indeks1 Disember 2019
(5 tahun, 10 bulan, 1 minggu dan 4 hari lalu)
Kes yang disahkan332.622
Sembuh159.945
Kematian
12.019
Wilayah
49

Pandemik koronavirus 2019–20 bermula di Wuhan, Hubei, China, dan telah tersebar luas ke seluruh benua Asia. Sehingga 30 April 2020, sekurang-kurangnya terdapat 1 kes COVID-19 telah dilaporkan pada setiap negara di Asia, kecuali Turkmenistan, dan Korea Utara selepas negara Asia terakhir mencatatkan kes COVID-19 iaitu Tajikistan. Angka kes tertinggi di Asia pada masa ini terdapat di India, Turki dan Iran, dengan angka yang terus meningkat dilaporkan di beberapa negara Asia Tenggara.

Beberapa negara Asia Tenggara mengalami peningkatan jumlah kes berikutan Jemaah Tabligh yang berlangsung dari 27 Februari hingga 1 Mac di sebuah masjid di Kuala Lumpur, yang mana banyak orang yang disyaki telah dijangkiti. Peristiwa serupa di India dan Pakistan juga telah menyebabkan peningkatan jumlah kes di negara-negara tersebut.