Keris

Keris
ꦏꦼꦫꦶꦱ꧀
Keris terbina dari tiga bahagian utama; mata atau bilah (wilah), pangkal (hulu), dan sarungan atau kerangka (warangka)
JenisSenjata tikam
Tempat asalIndonesia (Jawa)
Sejarah perkhidmatan
Dalam perkhidmatanKemaharajaan Majapahit, Kerajaan Sunda, Kerajaan Singhasari, Kesultanan Demak, Kesultanan Mataram, Kasultanan Ngayogyakarta Hadiningrat, Kasunanan Surakarta, Kesultanan Melaka, Kesultanan Brunei, dan Indonesia masa ini
Digunakan olehSuku Jawa (utama dan permulaan), kemudian dipopulari kepada Suku Bali, Suku Sunda, Suku Melayu, Suku Banjar, Suku Madura, Suku Bugis dan Suku Makassar
PerangEkspedisi Pamalayu, Serangan Mongol ke Jawa, Perang Bubat, Perang Paregreg, Serangan Batavia, Perang Diponegoro, Revolusi Nasional Indonesia
Sejarah pengeluaran
PerekaSuku Jawa
AnekaKalis, Badik, Kerambit, Chundrik
Spesifikasi
Jenis bilahBesi atau baja bermata dua
Jenis huluGading, tulang, tanduk, kayu atau logam. Terkadang memiliki lapisan emas atau perak dan dibubuhi dengan batu-batu permata
Sarungan/sarungRangka kayu yang dilapisi dan dibubuhi dengan gading atau logam (emas, perak, tembaga, besi, kuningan, atau baja)
Keris
Keris diiktiraf sebagai Karya Agung Warisan Budaya Kemanusiaan Lisan dan Tidak Ketara yang berasal daripada Indonesia oleh UNESCO.
NegaraIndonesia
KriteriaTraditional
Rujukan112
KawasanAsia-Pasifik
Sejarah inskripsi
Inskripsi2008 (sesi 3)
SenaraiRepresentatif

Keris (bahasa Inggeris: Kris) ialah senjata khas nan berkeluk-keluk atau asimetri yang termasuk dalam golongan senjata tikam yang berasal daripada Indonesia. Baik sebagai senjata mahupun objek spiritual, keris dihormati dan dianggap memiliki kekuatan yang magis. Awal mula keris diketahui berasal dan menyebar dari pulau Jawa ke seluruh bagian Nusantara dan wilayah Asia Tenggara secara umum.

Keris (aksara Jawa: ꦏꦼꦫꦶꦱ꧀; Jawi: کريس) ialah sejenis senjata tikam bermata dua yang berasal daripada pulau Jawa yang memiliki ragam fungsi budaya yang dikenali di kawasan Nusantara dan Asia Tenggara umumnya (Indonesia, Brunei, Malaysia, Singapura, Thailand Selatan, Filipina Selatan (Mindanao)).

Keris berasal daripada Pulau Jawa dan menyebar ke seluruh Nusantara, keris setidaknya telah dikenali pada abad ke-9 dan boleh dibuktikan dengan gambaran keris yang terdapat di Candi Borobudur. Senjata ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu mata, hulu dan sarung.

Keris umumnya digunakan untuk mempertahankan diri (misalnya sewaktu bersilat) dan mulanya digunakan sebagai alat kebesaran diraja. Keris yang paling masyhur pada masyarakat Melayu ialah keris Taming Sari yang merupakan senjata Hang Tuah, seorang pahlawan Melayu yang termasyhur. Mengikut tradisi Jawa, keris menurut amalan Melayu tradisional perlu dijaga dengan cara diperasapkan pada masa-masa tertentu, malam Jumaat misalnya. Ada juga amalan mengasamlimaukan keris sebagai cara untuk menjaga logam keris dan juga untuk menambah bisanya. Antara lain, terdapat kepercayaan bahawa keris mempunyai semangatnya yang tersendiri.

Keris telah diiktiraf sebagai Karya Agung Warisan Budaya Kemanusiaan Lisan dan Tidak Ketara yang berasal daripada Indonesia oleh UNESCO sejak 2005 (sesi 1), dan versi mutakhir pada 2008 (sesi 3).