Borobudur

Borobudur ialah kuil atau candi agama Buddha yang terletak di desa Borobudur , Kabupaten Magelang, Jawa Tengah, Indonesia. Borobudur terletak kira-kira 100 km di barat daya Semarang dan 40 km di sebelah barat laut Yogyakarta. Luasnya 2500 km persegi.

Borobudur adalah stupa Buddha mazhab Mahayana, dan monumen Buddha terbesar di dunia. Ia dibina antara tahun 750 dan 850 Masihi oleh pemerintah Jawa Dinasti Sailendra dan Sanjaya.

Borobudur
ꦕꦤ꧀ꦣꦶꦧꦫꦧꦸꦣꦸꦂ (jv)
Borobudur, satu Tapak Warisan Dunia UNESCO, dilihat dari arah barat laut
Ralat Lua pada baris 511 di Modul:Location_map: Tidak dapat cari takrifan peta lokasi yang ditentukan: "Modul:Peta lokasi/data/Topografi Jawa" tidak wujud.
Maklumat umum
JenisBuddhist temple (en) tapak arkeologiCanditarikan pelancong
Gaya seni binastupa dan candi
LokasiJawa Tengah dan Kabupaten Magelang, Kabupaten Magelang
Bandar/pekanberdekatan Magelang, Jawa Tengah
NegaraIndonesia
Koordinat7°36′28.548″S 110°12′13.824″E 
Pembinaan bermula8 abad
Disiapkan padasekitar AD 800
Pelanggan/klienSailendra
Butiran teknikal
Keluasan permukaanTapak Warisan Dunia UNESCO: 25.38 ha
zon penampan: 62.57 ha
Reka bentuk dan seni bina
ArkitekGunadharma
Maklumat lain
http://www.borobudurpark.com
sunting · sunting di Wikidata

1950 Sejarawan J.G. de Casparis kajian Ph.D beliau menyatakan Borobudur adalah tempat pemujaan. Dengan analogi prasasti Karangtengah dan Kahulunan, Borobudur dibina oleh raja dari dinasti Syailendra bernama Samaratungga sekitar 824. Candi raksasa hanya siap 50 tahun kemudian ketika puterinya Ratu Pramodhawardhani memerintah. Kuil Borobudur dibina atas tanah bukit hanya setinggi 265 meter dari dasar laut dan 15 meter tinggi.

Jika Mesir berbangga dengan piramid dan Sphinx, China dengan Tembok Besar , Kemboja dengan Angkor Wat. Maka, warga Indonesia berbangga dengan Borobudur. Borobudur telah diiktirafkan UNESCO sebagai Warisan Budaya Dunia sejak 1991.