Kereta kebal Singa Babylon
| Singa Babylon T-72 | |
|---|---|
Sebuah Asad Babil dipamerkan di Fort Hood | |
| Jenis | Kereta kebal utama |
| Tempat asal | Iraq |
| Sejarah perkhidmatan | |
| Dalam perkhidmatan | 1990 - kini |
| Perang | Perang Teluk, Serangan ke atas Iraq 2003 |
| Sejarah pengeluaran | |
| Pereka | Kartsev-Venediktov, Soviet |
| Dihasilkan | 1989-1990 |
| Spesifikasi | |
| Berat | 41.5 tan |
| Panjang | 6.9 m |
| Lebar | 3.6 m |
| Tinggi | 2.2 m |
| Krew | 3 (komander, pemandu dan jurumeriam) |
| Armor | Tuang secara konvensional 300 mm (seperti model asas T-72M) Perisai berliang diperkukuh yang dikimpal pada badan depan dan turet Pod penyerakkan elektro-optik |
Senjata pertama | Meriam laras licin 125 mm 2A46M |
Senjata kedua | Mesingan sepaksi PKMT 7.62 mm , Mesingan anti pesawat NSVT atau DShK 12.7 mm |
| Enjin | Enjin diesel V-46-6 - 12-silinder 780 hp (582 kW) |
| Kuasa/berat | 19.8 hp/tan |
| Sistem ampaian | Bar kilasan Jumlah peredam sengaja dikurangkan bagi menyesuaikan dengan keadaan padang pasir |
Jarak operasi | 450 km, dengan tong bahan api tambahan 600 km |
| Kelajuan | 68 km/h (road) 50 km/h (off-road) |
Kereta kebal Singa Babylon atau Asad Babil (bahasa Arab: اسد بابل) adalah merupakan sebuah versi kereta kebal T-72 buatan Soviet yang dikeluarkan secara berlesen oleh Iraq pada tahun 1980-an. Ia dipasang di sebuah kilang berdekatan Taji, utara Baghdad.
Projek ini menunjukan kesungguhan percubaan oleh kerajaan Saddam Hussein untuk membangunkan pengeluaran sendiri kereta kebal, dicetuskan oleh tindakan beberapa kerajaan Barat yang mengenakan sekatan bagi memaksa rundingan Perang Iran-Iraq.