Bandar Malaysia
Bandar Malaysia ialah sebuah projek pembangunan bandar di Kuala Lumpur, Malaysia. Projek ini akan dibina di tapak Lapangan Terbang Sungai Besi. Terdapat dua stesen MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya iaitu "Bandar Malaysia Utara" dan "Bandar Malaysia Selatan". Projek ini dijangka memiliki nilai pembangunan kasar sebanyak RM140 bilion.
Pembangunan ini dipertanggungjawab oleh Bandar Malaysia Sdn Bhd yang terdiri daripada perkongsian dua pihak utama, iaitu gabungan Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd dan China Rail Engineering Corp (IWH-CREC) yang memegang 60% syarikat serta selebihnya ialah TRX City Sdn Bhd (TRXC) di bawah Kementerian Kewangan Malaysia.