Kelayakan Piala Dunia FIFA 1978

Kelayakan Piala Dunia FIFA 1978
Perincian kejohanan
Pasukan107 (dari 6 konfederasi)
Statistik kejohanan
Jumlah perlawanan252
Jaringan gol723 (2.87 per perlawanan)
1974
1982

Sebanyak 107 pasukan memasuki pusingan Kelayakan Piala Dunia FIFA 1978, yang bermula dengan cabutan kelayakan awal pada 20 November 1975 di Bandar Guatemala, bersaing untuk sejumlah 16 tempat di dalam kejohanan akhir. Argentina, sebagai tuan rumah, dan Jerman Barat, sebagai juara bertahan, layak secara automatik, meninggalkan 14 tempat-tempat terbuka untuk pertandingan.

16 tempat disediakan di Piala Dunia 1978 akan diagihkan kepada zon Eropah seperti berikut:

  • Eropah (UEFA): 9 atau 10 tempat, 1 tempat daripada itu yang layak secara automatik adalah Jerman Barat, manakala 9 tempat-tempat lagi dipertandingkan oleh 31 pasukan. Pasukan kesembilan yang menang akan mara ke play-off antara benua (menentang pasukan dari CONMEBOL).
  • Amerika Selatan (CONMEBOL): 3 atau 4 tempat, 1 tempat daripada itu yang layak secara automatik adalah Argentina, manakala 3 lagi tempat yang lain dipertandingkan sebanyak 9 pasukan. Pasukan ketiga yang menang akan mara ke play-off antara benua (menentang pasukan dari UEFA).
  • Amerika Utara, Tengah dan Caribbean (CONCACAF): 1 tempat, ditandingi oleh 17 pasukan.
  • Afrika (CAF): 1 tempat, ditandingi oleh 26 pasukan.
  • Asia (AFC) dan Oceania (OFC): 1 tempat, ditandingi oleh 22 pasukan.

Sebanyak 95 pasukan bermain sekurang-kurangnya satu perlawanan kelayakan. Seramai 252 perlawanan kelayakan dimainkan, dan 723 gol dijaringkan (purata 2.87 satu perlawanan).