Kelayakan Piala Dunia FIFA 1974

Kelayakan Piala Dunia FIFA 1974
Perincian kejohanan
Pasukan99 (dari 6 konfederasi)
Statistik kejohanan
Jumlah perlawanan226
Jaringan gol620 (2.74 per perlawanan)
1970
1978

Sebanyak 99 pasukan memasuki pusingan Kelayakan Piala Dunia FIFA 1974, bersaing untuk sejumlah 16 tempat di dalam kejohanan akhir. Jerman Barat, sebagai tuan rumah, dan Brazil, sebagai juara bertahan layak secara automatik, meninggalkan 14 tempat-tempat terbuka untuk pertandingan.

16 tempat disediakan di Piala Dunia 1974 akan diagihkan kepada zon Eropah seperti berikut:

  • Eropah (UEFA): 9.5 tempat, 1 pasukan layak secara automatik ialah Jerman Barat, manakala 8.5 tempat-tempat lain yang dipertandingkan sebanyak 32 pasukan. Pemenang 0,5 tempat yang akan mara ke Play-off antara benua (menentang pasukan dari CONMEBOL).
  • Amerika Selatan (CONMEBOL): 3.5 tempat, 1 pasukan layak secara automatik ialah Brazil, manakala 2.5 tempat-tempat lain yang dipertandingkan oleh 9 pasukan. Pemenang 0,5 tempat akan mara ke Play-off antara benua (menentang pasukan daripada UEFA).
  • Amerika Utara, Tengah dan Caribbean (CONCACAF): 1 tempat, ditandingi oleh 14 pasukan.
  • Afrika (CAF): 1 tempat, ditandingi oleh 24 pasukan.
  • Asia (AFC) dan Oceania (OFC): 1 tempat, ditandingi oleh 18 pasukan.

Sebanyak 90 pasukan bermain sekurang-kurangnya satu perlawanan kelayakan. Seramai 226 perlawanan kelayakan dimainkan, dan 620 gol dijaringkan (purata 2.74 satu perlawanan).