Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan Moulmein–Kallang

1°19′18″N 103°52′13″E / 1.3217662°N 103.8702289°E / 1.3217662; 103.8702289

Moulmein-Kallang
  • Cina:摩棉-加冷集选区/Mómián-Jiālěng Jí Xuǎnqū
    Inggeris:Moulmein-Kallang Group Representation Constituency
    Tamil:மோல்மின்-காலாங் குழுப் பிரதிநிதித்துவத் தொகுதி/Mōlmiṉ-Kālāṅ Kuḻup Piratinitittuvat Tokuti
Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan
bagi Parlimen Singapura
WilayahTengah Singapura
Pengundi87,988 (sebelum dimansuh pada 24 Julai 2015)
Kawasan undi tidak beroperasi
Dibentuk2011 (2011)
Dimansuh2015 (2015)
Bilangan wakil4
PartiParti Tindakan Rakyat
Wakil
Majlis BandaranMoulmein-Kallang (untuk Parlimen 2011-15)
Digantikan denganGRC Jalan Besar dan GRC Tanjong Pagar
Ditubuhkan dariGRC Jalan Besar dan GRC Tanjong Pagar

Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan Moulmein–Kallang ialah sebuah Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan yang terdiri dari empat Anggota Parlimen yang berada di tengah-tengah Singapura. Kawasan ini berwujud dari tahun 2011 hingga 2015.

GRC ini berwujud sebagai persiapan PRU 2011, menyerap sebagian besar Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan Jalan Besar serta memasukkan wad Moulmein yang ada di GRC Tanjong Pagar. GRC ini dimansuh pada PRU 2015 kerana kawasan ini dibalik ke kawasan-kawasan undi yang berwujud sebelum PRU 2011. Hanya wad Jalan Besar yang dibubarkan dan dimasukkan ke Kampong Glam dan Kreta Ayer-Kim Seng (Jalan Boon Keng Atas/Lorong 1 Geylang/Lorong 3 Geylang).

GRC Moulmein–Kallang GRC dipimpin oleh Menteri Perhubungan dan Penerangan serta Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, yakni Yaacob Ibrahim, dan Menteri Pengangkutan Lui Tuck Yew. Dua menteri ini bersara dari politik sejak 2020. Hanya Denise Phua dan Edwin Tong yang tetap bertahan dengan menjadi AP untuk kerusi Kampong Glam dan Joo Chiat.

Kawasan ini dipertandingkan di tahun 2011 dengan melibatkan penjawat PAP dan WP. NSP sempat menyatakan minatnya untuk bertanding di kawasan ini namun memutuskan untuk bertanding di kawasan lain bagi menghindari persaingan tiga calon. PAP berhasil merebut 44,828 atau 58.56% jumlah suara sah. Secara kebetulan perolehan ini menjadi raihan tertinggi PAP di kawasan undi yang ditantang oleh WP.