Pilihan raya umum Singapura 2020

Pilihan raya umum Singapura 2020

10 Julai 2020

93 kerusi dipertandingkan
(+2 kerusi ditawarkan untuk NCMP)
ke Parlimen Singapura
47 kerusi diperlukan untuk majoriti
Terdaftar2,653,942 (6,570 perantau/diaspora)
Pengundi hadir2,535,565 (95.63%)
  Parti pertama Parti kedua Parti ketiga
 
Pemimpin Lee Hsien Loong Pritam Singh Tan Cheng Bock
Parti PAP WP PSP
Pemimpin sejak 3 Disember 2004 8 April 2018 28 Mac 2019
Kerusi pemimpin GRC Ang Mo Kio
(Teck Ghee)
GRC Aljunied
(Eunos)
GRC Pantai Barat
(Kalah)
Pilihan raya
lepas
83

69.86%
6 + 3 Anggota NCMP
12.48%
Parti baru
Kerusi sebelum 82 6 + 3 Anggota NCMP Parti baru
Kerusi selepas 83 10 2 NCMP
Perubahan kerusi 1 4 kerusi AP
3 kerusi NCMP
2 NCMP
Undian popular 1,524,781 279,245 253,459
Peratusan 61.24% 11.22% 10.18%
Peralihan undi 8.62% 1.26% Parti baru

Peta keputusan pilihan raya umum parlimen Singapura 2020

Perdana Menteri sebelum pilihan raya

Lee Hsien Loong
PAP

Perdana Menteri terpilih

Lee Hsien Loong
PAP

Pilihan raya umum Singapura 2020 ialah suatu pilihan raya yang dipercepat yang berlangsung pada 10 Julai 2020. Ia akan memilih Anggota Parlimen Singapura ke-14 sejak merdeka pada tahun 1965 dengan sistem undian pemenang undi terbanyak. Mengundi diwajibkan untuk seluruh warga Singapura yang mencapai usia 21 atau lebih pada tanggal 1 Mac 2020.

Jawatankuasa Kajian Sempadan Pilihan Raya telah bersidang pada 1 Ogos 2019 dan mengeluarkan laporannya pada 13 Mac 2020, mendedahkan perubahan pada batas-batas kawasan undi yang ada. Parlimen ke-13 Singapura dibubarkan pada 23 Jun 2020 pada pukul 4 petang semasa pengumuman langsung oleh Perdana Menteri yang disiarkan secara langsung di televisyen; surat perintah pilihan raya kemudiannya dikeluarkan dengan Pencalonan yang akan diadakan seminggu kemudian pada 30 Jun.

Seramai 192 calon (termasuk 73 calon baru dan satu calon bebas) dari 11 parti akan bertanding, yang paling banyak dalam sejarah Singapura, melepasi rekod yang ditetapkan dari pilihan raya 2015. Dua kawasan pilihan raya, yakni GRC Pasir Ris-Punggol dan SMC Pioneer, akan menyaksikan pertarungan tiga penjuru untuk kali pertama di dalam sistem Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan semenjak pilihan raya kecil Marine Parade 1992. Pilihan raya ini juga merupakan pilihan raya umum untuk yang kedua kalinya di mana tidak ada kawasan undi yang tak ditandingi.