Yaacob Ibrahim

Yaacob Ibrahim
يعقوب إبراهيم
Yaacob, 2006
Menteri Keselamatan Siber
Dalam jawatan
1 November 2015 – 30 April 2018
Perdana MenteriLee Hsien Loong
Didahului olehJawatan ditubuhkan
Digantikan olehS. Iswaran
Menteri Komunikasi dan Maklumat
Dalam jawatan
21 Mei 2011 – 30 April 2018
Perdana MenteriLee Hsien Loong
Menteri KeduaLawrence Wong
(2014–2015)
Didahului olehLui Tuck Yew
(sebagai Menteri Komunikasi, Maklumat dan Seni)
Digantikan olehS. Iswaran
Menteri Alam Sekitar dan Sumber Air
Dalam jawatan
12 Ogos 2004 – 20 Mei 2011
Perdana MenteriLee Hsien Loong
Didahului olehLim Swee Say
(sebagai Menteri Alam Sekitar)
Digantikan olehVivian Balakrishnan
Menteri Pembangunan Komuniti dan Sukan
Dalam jawatan
12 Mei 2003 – 11 Ogos 2004
Pemangku: 25 Mac 2002 – 11 Mei 2003
Perdana MenteriGoh Chok Tong
Lee Hsien Loong
Didahului olehAbdullah Tarmugi
Digantikan olehVivian Balakrishnan
(sebagai Menteri Pembangunan Komuniti, Belia dan Sukan)
Menteri Hal-Ehwal Muslim
Dalam jawatan
25 Mac 2002 – 30 April 2018
Perdana MenteriGoh Chok Tong
Lee Hsien Loong
Didahului olehAbdullah Tarmugi
Digantikan olehMasagos Zulkifli
Maklumat peribadi
Lahir (1955-10-03) 3 Oktober 1955
Jajahan Singapura
Parti politikParti Tindakan Rakyat
Anak2
Tempat belajarUniversiti Singapura
Universiti Stanford
Pekerjaan
  • Ahli politik
  • jurutera
  • profesor

Yaacob bin Ibrahim (lahir 3 Oktober 1955) ialah seorang ahli politik Singapura di bawah Parti Tindakan Rakyat. Beliau meraih ijazah dalam Kejuruteraan Sivil (Kepujian) dari Universiti Nasional Singapura. Setelah itu memulakan kerjayanya sebagai jurutera struktural dengan firma konsultansi, Bylander Meinhardt Partnership. Pada tahun 1984, beliau mendapat biasiswa untuk melakukan kursus Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Stanford. Beliau menamatkan pengajiannya pada tahun 1989 dan berkhidmat di Universiti Cornell sebagai Post-Doctoral Fellow.

Pada tahun 1990 Dr Yaacob kembali ke Singapura dan menganggotai Departmen Kejureteraan Sivil di Universiti Nasional Singapura sebagai Saintis Penyelidikan (Research Scientist).

Dr Yaacob amat aktif dalam kerja kemasyarakatan di Singapura dan di luar negara.