Kaun Banega Crorepati?
| Kaun Banega Crorepati? | |
|---|---|
| Format | Rancangan permainan |
| Pengacara | Amitabh Bachchan (musim pertama-kedua dan musim keempat-kelapan) Shahrukh Khan (musim ketiga) Suriya Sivakumar (versi Tamil : Neengalum Vellalam Oru Kodi) Puneeth Rajkumar (versi Kannada : Kannadada Kotyadhipathi) Akinneni Nagarjuna (versi Telugu : Meelo Evaru Koteeswarudu) |
| Penggubah | Keith Strachan Matthew Strachan |
| Negara asal | India |
| Bahasa | Hindi Inggeris Tamil (Neengalum Vellalam Oru Kodi) Kannada (Kannadada Kotyadhipati) Telugu (Meelo Evaru Koteeswarudu) |
| Bilangan musim | 8 |
| Penerbitan | |
| Tempoh siaran | 60 minit |
Syarikat penerbitan | Celador |
Syarikat pengedaran | Celador |
| Penyiaran | |
| Saluran asal | STAR Plus STAR Vijay (versi Tamil : Neengalum Vellalam Oru Kodi) Asianet Suvarna (versi Kannada : Kannadada Kotyadhipathi) MAA TV (versi Telugu : Meelo Evaru Koteeswarudu) |
| Siaran asal | 3 Julai 2000 – kini |
| Status | Siri berterusan |
| Laman sesawang | |
Kaun Banega Crorepati? (singkatan KBC, Jawi : کون بنے گأ کروڑ پتی) merupakan rancangan permainan televisyen yang amat popular di India. Rancangan ini disiarkan di Star Plus dengan pengacara Amitabh Bachchan (musim pertama-kedua dan keempat-kelapan) dan Shahrukh Khan (musim ketiga). Rancangan ini menawarkan hadiah wang tunai yang amat lumayan apabila menjawab seberapa banyak soalan pelbagai pilihan dengan betul.
Dengan berasaskan format UK daripada Who Wants to Be a Millionaire?, KBC disiarkan dengan gaya Bollywood dalam setiap-tiap episodnya.
KBC disiarkan dalam bahasa Hindi dan Inggeris. Versi bahasa Tamil dikenali sebagai Neengalum Vellalam Oru Kodi dan versi bahasa Kannada dikenali sebagai Kannadada Kotyadhipati.
Versi kanak-kanak dikenali sebagai Kaun Banega Crorepati? Junior. Ravi Saini menjadi peserta kanak-kanak pertama yang berjaya memenangi 10,000,000 (1 crore) rupee.
Pada bulan November 2008, rancangan ini difilemkan dengan tajuk "Slumdog Crorepati" yang diarahkan oleh Danny Boyle. Peran Amitabh Bachchan sebagai pengacara rancangan ini dilakonkan oleh Anil Kapoor.
Tiga tahun selepas filem berkenaan diterbitkan, Sushil Kumar, pegawai kerajaan daripada Bihar, berjaya memenangi 50,000,000 rupee.