Who Wants to Be a Millionaire?

Who Wants to Be a Millionaire?
FormatRancangan kuiz
PenciptaDavid Briggs
Mike Whitehill
Steven Knight
PengacaraTantowi Yahya ( Indonesia)
Chris Tarrant ( United Kingdom)
George Kurdahi ( Arab Saudi)
Amitabh Bachchan ( India)
Jalaluddin Hassan ( Malaysia)
Negara asal United Kingdom
Penerbitan
Tempoh siaran30-60 minit
Penyiaran
Saluran asalntv7
Siaran asal20002002
Pautan luar
Laman sesawang

Who Wants to Be a Millionaire? (singkatan WWTBAM, Jawi : سياڤا نق منجادي جوتاون؟) merupakan rancangan permainan televisyen yang menawarkan hadiah wang tunai yang amat lumayan apabila menjawab seberapa banyak soalan pelbagai pilihan dengan betul, makin lama dalam permainan makin susah soalan tersebut untuk dijawab. Format ini dimiliki dan dilesenkan oleh Celador, sebuah syarikat penerbitan dari United Kingdom. Hadiah wang tunai maksimum (dalam versi British asalnya) ialah sejuta paun; dalam versi Amerika, hadiah maksimum tersebut pula bernilai sejuta dolar. Kebanyakan versi tempatan di seluruh dunia menawarkan hadiah terbesar berjumlah sejuta unit matawang tempatan, namun nilai sebenar hadiah-hadiah tersebut banyak perbezaannya, bergantung kepada nilai pertukaran matawang asingnya.

Di Malaysia, dua versi berlainan berdasarkan format rancangan ini pernah disiarkan di ntv7: satu versi bahasa Melayu yang diacarakan Jalaluddin Hassan (2000–2002), dan satu versi bahasa Cina yang diacarakan Victor Gu (2002–2003).