Kapal tempur pesisir kelas Independence

USS Independence di Stesen Udara Tentera Laut Key West pada Mac 2009.
Ringkasan kelas
Nama: Kelas Independence
Pembina: Austal USA
Pengguna:  Tentera Laut Amerika Syarikat
Didahului oleh: Oliver Hazard Perry
Diganti oleh: FFG(X)
Kos: $704 juta untuk kapal pertama Kapal berikutnya $360 juta
Dibina: 6
Dirancang: 14
Disiapkan: 5
Aktif: 5
Ciri-ciri umum
Jenis: Kapal tempur pesisir
Sesaran: 2,307 tan metrik, 3,104 tan metrik muatan penuh, 797 tan metrik berat kosong
Panjang: 418 ka (127 m)
Lunas: 104 ka (32 m)
Draft: 14 ka (4.3 m)
Jana kuasa: 2 × enjin diesel MTU Friedrichshafen 20V 8000 Series, 2 x turbin gas General Electric LM2500, 2 x aci pendorong fiber karbon multi seksyen berat ringan American VULKAN, 2 x LJ160E and 2 x jet air LJ150E Wärtsilä, retractable bow-mounted azimuth thruster, 4 × penjana diesel
Halaju: 44 knot (51 mph; 81 km/j)
Jarak: 4,300 batu nautika (7,964 km) pada 18 knot (33 km/j)
Kapasiti: 210 tan metrik (206 long tons, 231 short tons)
Anak kapal: 40 anak kapal (8 pegawai, 32 lain-lain pangkat) tambahan sehingga 35 orang krew misi
Sistem penderia dan
pemprosesan:
  • Radar pencari permukaan dan udara 3D SAAB AN/SPS-77(V)1 Sea GIRAFFE
  • Radar navigasi Sperry Marine BridgeMaster E
  • Penderia elektro-optik AN/KAX-2 dengan TV dan FLIR
  • Northrop Grumman ICMS (Sistem Pengurusan Tempur Bersepadu)
Peperangan elektronik
& pengumpan:
  • Sistem ITT Corporation ES-3601 ESM
  • 4 × pelancar pengumpan SRBOC untuk pengumpan chaff dan infra merah
  • Sistem pengumpan radar aktif BAE Systems NULKA
Persenjataan:
  • 1 × meriam Mk 110 57 mm BAE Systems
  • 1 × Raytheon SeaRAM CIWS
  • 4 × meriam .50-cal (2 haluan, 2 buritan)
  • 2 × meriam 30 mm Mk44 Bushmaster II (sebahagian dari modul SUW)
  • 24 × peluru berpandu AGM-114L Hellfire (dirancang sebahagian daripada modul SUW)
  • Senjata-senjata lain sebagai sebahagian daripada modul misi
Pesawat yang dibawa:

Kelas Independence adalah sebuah kelas kapal tempur pesisir yang dibina untuk Tentera Laut Amerika Syarikat.

Rekabentuk badan bermula daripada sebuah projek di Austal bagi mereka sebuah kapal krus berkelajuan 40 knot. Rekabentuk ini kemudian menjadi sebuah feri trimaran berkelajuan tinggi HSC Benchijigua Express dan kelas Independence kemudian dicadangkan oleh General Dynamics dan Austal sebagai pesaing untuk rancangan Tentera Laut untuk membina sebuah armada kecil, kapal perang pelbagai guna yang akan beroperasi di zon pesisir pantai. Dua buah kapal telah diluluskan, untuk bersaingan dengan rekabentuk kelas-Freedom yang dicadangkan oleh Lockheed Martin.

Meskipun rancangan awal untuk membina hanya kapal yang memenangi persaingan daripada dua buah rekabentuk iaitu kelas Independence atau Freedom, pada tahun 2010 Tentera Laut telah mengumumkan rancangan untuk memesan sehingga tambahan 10 buah kapal bagi setiap kelas, menjadikan jumlah akhirnya sebanyak 12 buah kapal bagi setiap kelas. Pada bulan Mac 2016, Tentera Laut mengumumkan niat mereka untuk memesan tambahan sebanyak dua buah kapal, menjadikan jumlah keseluruhan pesanan kepada 13 buah kapal setiap kelas.

Pada awal bulan September 2016, satu pengumuman dibuat bagi empat buah kapal pertama dalam program kapal tempur pesisir akan digunakan sebagai kapal ujian dan tidak akan diaturgerak dengan pasukan armada. Ini termasuk kapal Independence dan Coronado.

Setakat November 2016, kapal pertama dan tiga buah kapal lagi telah ditauliahkan. Bermula pada tahun 2019, kapal-kapal dalam kelas ini akan didesignasi sebagai kapal frigat laju (FF) yang mana termasuk tambahan kuasa tembak dan perisai yang lebih baik.