Frigat kelas Constellation
| Ringkasan kelas | |
|---|---|
| Nama: | FFG(X) |
| Pengguna: | Tentera Laut Amerika Syarikat (dijangka) |
| Didahului oleh: | kelas Freedom, kelas Independence |
| Dirancang: | 20 |
| Ciri-ciri umum | |
| Jenis: | Frigat peluru berpandu |
| Bot & lancang yang dibawa: | Rigid-Hull Inflatable Boat |
| Sistem penderia dan pemprosesan: |
|
| Persenjataan: |
|
| Pesawat yang dibawa: |
|
Kelas-Constellation adalah sebuah kelas frigat peluru berpandu misi pelbagai yang dibangunkan untuk Tentera Laut Amerika Syarikat sebagai satu lanjutan bagi program kapal tempur pesisir modular. Pada 10 Julai 2017, pihak Tentera Laut A.S. telah mengumumkan projek frigat FFG(X) dalam "Permohonan Untuk Maklumat" yang dikeluarkan oleh Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat.
Tentera Laut A.S. telah meilih lima buah syarikat pembina kapal untuk mengubah rekabentuk kapal mereka kepada sebuah rekabentuk prospektif bagi 20 buah frigat peluru berpandu FFG(X). Pada 30 April 2020, pengumuman dibuat bahawa Fincantieri Marinette Marine telah memenangi kontrak berdasarkan rekabentuk frigat pelbagai peranan FREMM. Projek ini kemudian dinamakan semula sebagai program FFG-62 selepas kapal pertama diberi nama.