Kapal tempur kelas Iowa
USS Iowa (BB-61) membedil secara serentak pada 15 Ogos 1984 semasa demonstrasi kuasa tembakan selepas ia ditauliahkan semula
| |
| Ringkasan kelas | |
|---|---|
| Nama: | Kapal tempur kelas Iowa |
| Pembina: |
|
| Pengguna: | Tentera Laut Amerika Syarikat |
| Didahului oleh: | kelas South Dakota |
| Diganti oleh: | kelas Montana (dirancang, tidak pernah dibina) |
| Kos: | US$100 juta satu kapal |
| Dibina: | 1940–1944 |
| Ditauliahkan: |
|
| Dirancang: | 6 |
| Disiapkan: | 4 |
| Dibatalkan: | 2 |
| Dibersarakan: | 4 |
| Dipulihara: | 4 |
| Ciri-ciri umum | |
| Jenis: | Kapal tempur |
| Sesaran: |
|
| Panjang: |
|
| Lunas: | 108 ka 2 in (33.0 m) |
| Draft: |
|
| Installed power: |
|
| Jana kuasa: | 4 × bebaling; 4 × turbin stim bergear |
| Halaju: | 33 knot (61.1 km/j; 38.0 mph) (up to 35.2 knot (65.2 km/j; 40.5 mph) at light load) |
| Jarak: | 14,890 nmi (27,580 km; 17,140 bt) at 15 knot (28 km/j; 17 mph) |
| Anak kapal: |
|
| Peperangan elektronik & pengumpan: |
|
| Persenjataan: |
|
| Perisai: |
|
| Pesawat yang dibawa: |
|
Kelas Iowa ialah kelas enam buah kapal tempur laju yang ditempah oleh Tentera Laut Amerika Syarikat pada tahun 1939 dan 1940. Kapal-kapal itu pada mulanya bertujuan untuk memintas kapal utama laju seperti kelas Kongō Jepun sambil juga mampu bertarung dalam baris tempur tradisional di samping kapal tempur yang lebih perlahan dan ia bertindak sebagai "sayap laju". Kelas Iowa direka untuk memenuhi had "klausa tambahan" Perjanjian Tentera Laut London Kedua sesaran standard 45,000-long-ton (45,700 t). Empat kapal, Iowa, New Jersey, Missouri, dan Wisconsin, telah siap; dua lagi, Illinois dan Kentucky, sedang dibina tetapi dibatalkan pada tahun 1945 dan 1958, sebelum siap, dan kedua-dua badan kapal telah disekerap pada tahun 1958–1959.
Empat kapal kelas Iowa adalah kapal tempur terakhir yang ditugaskan dalam Tentera Laut AS. Semua kapal tempur AS yang lebih tua telah dilucutkan tauliah pada tahun 1947 dan dikeluarkan dari Daftar Kapal Tentera Laut (NVR) pada 1963. Antara pertengahan tahun 1940-an dan awal 1990-an, kapal tempur kelas Iowa berjuang di empat peperangan besar AS. Dalam Kancah Pasifik Perang Dunia II, kapal-kapal ini banyak bertugas sebagai pengiring laju bagi kapal induk kelas-Essex dari Pasukan Petugas Pengangkut Laju dan juga membedil kedudukan Jepun. Semasa Perang Korea, kapal tempur menyediakan sokongan tembakan meriam laut (NGFS) bagi Tentera PBB, dan pada tahun 1968, New Jersey membedil Viet Cong dan Tentera Rakyat Vietnam dalam Perang Vietnam. Keempat-empatnya diaktifkan semula dan dimodenkan atas arahan Kongres Amerika Syarikat pada tahun 1981, dan dilengkapi dengan peluru berpandu semasa tahun 1980-an, sebagai sebahagian daripada inisiatif Tentera Laut 600 kapal. Sewaktu Operasi Desert Storm tahun 1991, Missouri dan Wisconsin menembak peluru berpandu dan meriam 16-inci (406 mm) ke sasaran Iraq.
Terlalu mahal untuk diselenggara, jenis kapal tempur ini telah dilucutkan tauliah (tamat perkhidmatan) semasa pasca Perang Dingin pada awal tahun 1990-an. Keempat-empat kapal itu pada awalnya dikeluarkan dari Daftar Kapal Tentera Laut, tetapi Kongres AS memaksa Tentera Laut untuk mengembalikan dua daripadanya atas alasan NGFS sedia ada tidak mencukupi untuk operasi amfibia. Ini mengakibatkan perdebatan panjang sama ada kapal tempur harus mempunyai peranan dalam tentera laut moden. Akhirnya, keempat-empat kapal dikeluarkan dari Daftar Kapal Tentera Tentera dan dilepas untuk didermakan kepada pertubuhan bukan untung. Dengan pemindahan Iowa pada tahun 2012, keempat-empatnya adalah sebahagian daripada muzium maritim yang bukan berasaskan keuntungan di seluruh AS.