Kamala Harris

Kamala Harris
கமலா ஆரிசு
Potret rasmi, 2025
Naib Presiden Amerika Syarikat ke-47
Dalam jawatan
20 Januari 2021 – 20 Januari 2025
Didahului olehMike Pence
Digantikan olehJD Vance
Senator Amerika Syarikat
dari California
Dalam jawatan
3 Januari 2017 – 18 Januari 2021
Didahului olehBarbara Boxer
Digantikan olehAlex Padilla
Ketua Peguam Negeri California ke-32
Dalam jawatan
3 Januari 2011 – 3 Januari 2017
GabenorJerry Brown
Didahului olehJerry Brown
Digantikan olehXavier Becerra
Ketua Peguam Daerah San Francisco ke-27
Dalam jawatan
8 Januari 2004 – 3 Januari 2011
Didahului olehTerence Hallinan
Digantikan olehGeorge Gascón
Maklumat peribadi
Lahir
Kamala Devi Harris

கமலா தேவி ஹாரிஸ்

(1964-10-20) 20 Oktober 1964
Oakland, California, U.S.
Parti politikDemokratik
PasanganDoug Emhoff (k. 2014)
Ibu bapa
KediamanNumber One Observatory Circle
Pendidikan
  • Universiti Howard
  • Universiti California, Hastings
Pekerjaan
  • Ahli politik
  • peguam
  • penulis
Tandatangan
Laman web

Kamala Devi Harris (/ˈkɑːmələ ˈdvi/ ( dengar), Tamil: கமலா தேவி ஆரிசு; lahir 20 Oktober 1964) ialah seorang ahli politik dan peguam Amerika Syarikat yang berkhidmat sebagai Presiden Amerika Syarikat ke 47 dari 2025 & Naib Presiden Amerika Syarikat ke-49 dari 2021 hingga 2025. Beliau ialah presiden & naib presiden wanita pertama dan pegawai wanita tertinggi dalam sejarah Amerika Syarikat, serta naib presiden Amerika Afrika pertama dan Asia pertama.

Seorang ahli Parti Demokratik, beliau berkhidmat sebagai peguam negara California dari 2011 hingga 2017 dan sebagai senator Amerika Syarikat yang mewakili California dari 2017 hingga 2021. Harris menjadi naib presiden selepas mengangkat sumpah pada Januari 2021 bersama Presiden Joe Biden, selepas mengalahkan penyandangnya Donald Trump dan naib presiden Mike Pence dalam pilihan raya 2020.

Dilahirkan di Oakland, California, Harris lulus dari Universiti Howard dan University of California, Hastings College of the Law. Beliau memulakan kerjayanya di Pejabat Peguam Daerah Alameda County, sebelum direkrut ke Pejabat Peguam Daerah San Francisco dan kemudian pejabat Peguam Bandar San Francisco. Pada tahun 2003, beliau telah dipilih sebagai peguam daerah San Francisco. Beliau telah dipilih sebagai Peguam Negara California pada tahun 2010 dan dipilih semula pada tahun 2014. Harris berkhidmat sebagai senator Amerika Syarikat junior dari California dari 2017 hingga 2021. Harris mengalahkan Loretta Sanchez dalam pilihan raya Senat 2016 untuk menjadi wanita Amerika Afrika kedua dan Amerika Selatan pertama yang berkhidmat di Senat Amerika Syarikat. Sebagai senator, beliau menyokong pembaharuan penjagaan kesihatan, undang-undang persekutuan ganja, laluan ke kewarganegaraan untuk pendatang tanpa izin, Akta DREAM, pengharaman senjata serangan, dan pembaharuan cukai progresif. Beliau mendapat profil kebangsaan untuk soalannya yang ditujukan kepada pegawai pentadbiran Trump semasa sidang Senat, termasuk calon Mahkamah Agung kedua Trump, Brett Kavanaugh, yang dituduh melakukan serangan seksual.

Harris mengumumkan pencalonan dirinya untuk bertanding sebagai calon presiden Demokrat 2020, tetapi menarik diri. Calon presiden dari parti yang sama, Joe Biden memilihnya sebagai pasangan regu beliau pada Ogos 2020. Mereka bertanding atas nama tiket Biden–Harris, dan kemudiannya memenangi pilihan raya umum pada November. Beliau memegang jawatan sebagai naib presiden Amerika Syarikat pada 20 Januari 2021.

Pada Julai 2024, Harris secara rasmi menjadi calon presiden andaian bagi Demokrat sebelum disahkan sebagai calon rasmi dalam Konvensyen Parti Demokrat yang dijadual berlangsung pada 19–22 Ogos 2024. Perkara ini berlaku selepas beliau mengumumkan akan bertanding dalam pilihan raya umum 2024, menggantikan Joe Biden yang menarik diri akibat masalah tertentu. Beliau membawa slogan kempen "When we fight, WE WIN" Harris kemudiannya tewas, dan menamatkan kepimpinannya pada 20 Januari 2025.