Doug Emhoff
Doug Emhoff | |
|---|---|
Potret rasmi, 2022 | |
| Lelaki Kedua Amerika Syarikat | |
| Dalam jawatan 20 Januari 2021 – 20 Januari 2025 | |
| Naib Presiden | Kamala Harris |
| Didahului oleh | Karen Pence sebagai Wanita Kedua |
| Digantikan oleh | Usha Vance sebagai Wanita Kedua |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Douglas Craig Emhoff 13 Oktober 1964 Bandar Raya New York, New York, A.S. |
| Parti politik | Demokrat |
| Pasangan | Kerstin Mackin (k. 1992; c. 2008) Kamala Harris (k. 2014) |
| Anak | 2 |
| Pendidikan | Universiti Negeri California, Northridge Universiti California Selatan |
Douglas Craig Emhoff (lahir 13 Oktober 1964) ialah seorang peguam Amerika Syarikat. Beliau merupakan suami kepada Kamala Harris, bekas Naib Presiden Amerika Syarikat. Emhoff ialah rakan kongsi di DLA Piper dari tahun 2017 hingga tahun 2020 apabila beliau meninggalkan firma itu. Beliau menjadi Lelaki Kedua dan pasangan orang Yahudi pertama bagi naib presiden Amerika Syarikat.