Kalākaua

Kalākaua
Raja Hawaii
Pemerintahan12 Februari 1874 – 20 Januari 1891
  • Pertabalan
  • Pemahkotaan
Didahului olehLunalilo
Diikuti olehLiliʻuokalani
Keputeraan(1836-11-16)16 November 1836
Honolulu, Kerajaan Hawai'i
KemangkatanJanuari 20, 1891(1891-01-20) (umur 54)
San Francisco, California,
Amerika Syarikat
PemakamanFebruary 15, 1891
Mauna ʻAla Royal Mausoleum
PasanganKapiʻolani
Nama penuh
David Laʻamea Kamananakapu Mahinulani Naloiaehuokalani Lumialani Kalākaua
KerabatWangsa Kalākaua
AyahandaCaesar Kapaʻakea
BondaAnalea Keohokālole
AgamaChurch of Hawaii
Tandatangan

Kalākaua (Nama panjang: David Laʻamea Kamananakapu Mahinulani Naloiaehuokalani Lumialani Kalākaua; 16 November 1836 - 20 Januari 1891) adalah raja terakhir Kerajaan Hawaiʻi yang memerintah dari 12 Februari 1874 sehingga kemangkatan baginda di mana takhtanya diambil alih oleh adindanya, Liliʻuokalani.

Baginda dikenali rakyat jelatanya kerana mempunyai keperibadian yang ramah dan senang menghiburkan para tetamu. Pemerintahannya baginda melaksanakan dasar-dasar penting yang memakmurkan hasil hubungan dengan negara luar (khususnya Amerika Syarikat melalui Perjanjian Balas Budi 1875) malah menggalakkan pemekaran budaya orang Hawaii setelah sekian lama ditekan para mubaligh Kristian serta memulakan suatu rancangan biaya menaja pelajar yang berkelayakan melanjutkan pelajaran luar negara.