Honolulu
Honolulu (daripada Bahasa Hawaii bermaksud "pelabuhan terlindung" - bahasa Inggeris: sheltered harbor atau calm port) adalah ibu kota negeri Hawaii, Amerika Syarikat. Luas wilayah daratannya ialah 222 km² dan jumlah penduduk 377,260 juta (2004). Kota ini dilihat sebagai suatu "pintu gerbang" dunia bukan sahaja kepada negeri Hawaii itu sendiri, tetapi juga Amerika Syarikat dari titik-titik destinasi dunia. Ia juga merupakan suatu tempat pertemuan atau hub utama untuk perdagangan antaraabangsa, pertahanan ketenteraan serta juga menawrkan kepelbagaian budaya dan tradisi orang-orang Pasifik.
Kota ini merupakan antara kota besar terpencil di dunia serta kota paling ke timur dan ke selatan di seluruh Amerika Syarikat. Ia merupakan kota kedua paling padat penduduk di rantau Polinesia selepas Auckland di New Zealand.