Istana ʻIolani

Istana ʻIolani
Hale Aliʻi ʻIolani / ʻIolani Palace
Istana ʻIolani pada tahun 2014
LokasiHonolulu, Hawaii
Koordinat21°18′24″N 157°51′32″W / 21.30667°N 157.85889°W / 21.30667; -157.85889
Luas10.6 ekar (4.3 he)
Dibina pada1879
ArkitekThomas J. Baker, Charles J. Wall, Isaac Moore
Gaya seni binaAmerican Florentine
Sebahagian daripadaHawaii Capital Historic District (ID78001020)
No. rujukan NRHP66000293
Tarikh penting
Ditambahkan ke NRHP15 Oktober 1966
Penetapan NHL29 Disember 1962

Istana ʻIolani (Hawaii: Hale Aliʻi ʻIolani, bahasa Inggeris: ʻIolani Palace) adalah sebuah bangunan jenis istana yang didirikan dalam kota Honolulu, pulau negeri Hawaiʻi di Lautan Pasifik. Ia merupakan tempat persemayaman raja-ratu yang pernah memerintah Kerajaan Hawaii dari Raja Kamehameha III dari Wangsa Kamehameha tahun 1845 sampailah ke Ratu Liliʻuokalani (1893) dari Wangsa Kalākaua.

Setelah Kerajaan Hawaii digulingkan pada tahun 1893, bangunan itu digunakan sebagai bangunan pemerintahan Republik, Wilayah (dalam Amerika Syarikat) dan kemudiannya pemerintah negeri Hawaiʻi hingga 1969. Istana ini dipulihkan dan dibuka untuk umum sebagai muzium pada tahun 1978 sebagai suatu Mercu Tanda Sejarah Kebangsaan empat tahun sebelumnya.