Orang Hawaii

Orang Hawaii
Kānaka Maoli, Hawaiʻi Maoli
Native Hawaiians
Sebuah keluarga peribumi Hawaii s. 1890
Jumlah penduduk
527,077 orang (banci 2010)
156,146 orang (darah tulen)
Kawasan ramai penduduk
Amerika Syarikat
(Hawaii, California, Washington,
Utah, Alaska, Nevada)
Bahasa
Bahasa Inggeris Amerika Syarikat,
Bahasa Hawaii,
Bahasa Isyarat Hawai'i (HSL),
Bahasa Pijin Hawaii
Agama
Kristian (Anglikanisme), Politeisme, Kepercayaan agama Hawaii
Kumpulan etnik berkaitan
orang Samoa, orang Tahiti

Orang Hawaii (Hawaii: kānaka ʻōiwi, kānaka maoli, Hawaiʻi maoli; bahasa Inggeris: Native Hawaiians) merupakan orang peribumi rumpun Polinesia yang menduduki kepulauan Hawaii. Mereka berasal daripada para pelayar Polinesia yang meneroka lautan Pasifik yang menemukan serta mendirikan petempatan manusia di kepulauan tersebut sekitar 1219 dan 1266 M (berdasarkan kajian bukti peninggalan). Sebanyak 527,000 orang diperangkakan berketurunan masyarakat ini pada 2005, sebanyak 9.9% penduduk seluruh Hawaii dikirakan daripada bangsa ini.