Kacip
Kacip adalah sepasang bilah bertaut dan bertangkai yang digunakan untuk membelah kekeras dan buah keras lain seperti buah pinang; malah ia merupakan antara alat utama dalam tepak sirih.
Alat ini ditukangkan dari besi dengan ukuran panjang ditetapkan antara 10 hingga 22 sentimeter; pembuatan kacip ini agak sukar dilakukan berbanding menukang keris dan parang di mana kemahiran tinggi dan mendalam diperlukan sehingga ada yang mengambil tempoh setinggi 10 tahun latihan untuk sempurna. Kacip ini boleh dibentuk sama ada secara bersegi ("jantan") mahupun membulat ("betina").
Hulu kacip boleh dihiasi dengan dibentuk menyerupai pelbagai jenis haiwan seperti kuda, gajah, monyet, burung dan kerbau.