Tepak sirih

Tepak sirih (Jawi: تيڤق سيريه) merujuk kepada bekas menyimpan bahan-bahan dan alat menyediakan daun sirih untuk dimakan kunyah dalam kalangan masyarakat Melayu, India dan Cina Peranakan serata rantau Nusantara di Asia Tenggara. Penyediaan ini tidak sahaja khusus untuk tujuan adat perasmian seperti menyambut tetamu, malah untuk dipersembahkan dalam tarian tradisi serta upacara istiadat diraja.

Dalam Hikayat Hang Tuah, Hang Tuah telah memberikan kepada Hang Jebat sepiak sirih dalam tepak kepunyaan Sultan Mahmud semasa berhenti rehat.