Kabinet Merah Putih

Kabinet Merah Putih

Kabinet Indonesia ke-42
2024–kini
Tarikh dibentuk21 Oktober 2024 (2024-10-21)
Orang dan pertubuhan
Ketua kerajaanPrabowo Subianto
Bilangan menteri
  • 48 menteri
  • 56 timbalan menteri
Parti anggota Keyakinan dan pembekalan:
Status dalam badan perundanganGabungan besar
348 / 580
Sejarah
Pilihan rayaPilihan raya presiden Indonesia 2024
PendahuluKabinet Indonesia Maju


Kabinet Merah Putih (disingkatkan, KMP) ialah barisan jemaah menteri dan timbalan menteri kabinet di Indonesia terkini. Mereka telah mengangkat sumpah pada 21 Oktober 2024 oleh Presiden Prabowo Subianto.

Walaupun kabinet telah diaktifkan secara rasmi pada 21 Oktober 2024, dua agensi kabinet Prabowo telah pun dilantik dan bekerja menjelang berakhirnya Kabinet Indonesia Maju Joko Widodo. Rombakan kedua belas yang dilakukan pada 19 Ogos 2024 telah mengaktifkan Pejabat Komunikasi Presiden dan Agensi Makanan Negara.

Setakat 22 Oktober 2024, dengan 48 orang menteri, 56 orang timbalan menteri, dan 19 pegawai agensi bertaraf kabinet (menjumlahkan 123 buah pelantikan), kabinet ini merupakan kabinet kedua terbesar yang pernah wujud dalam sejarah Indonesia (kedua selepas Kabinet Dwikora Kedua dengan 132 pelantikan) dan kabinet terbesar yang pernah dibentuk pada zaman pasca Reformasi .