Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan

Partai Demokrasi Indonesia Perjuangan
Partai Demokrasi Indonesia Perjuangan
SingkatanPDI-P/PDIP, PDI Perjuangan
PengerusiMegawati Sukarnoputri
Setiausaha amHasto Kristiyanto
Ketua Fraksi di DPRUtut Adianto
Diasaskan10 Januari 1973 (1973-01-10) (sebagai PDI)
15 Februari 1999 (1999-02-15) (sebagai PDI Perjuangan)
Didahului olehPDI (de facto transformasinya)
Anggota bagi
Ibu pejabatJl. Diponegoro No. 58, Menteng, Jakarta Pusat 10310
Sayap belia/pemudaTMP (Taruna Merah Putih)
BMI (Banteng Muda Indonesia)
Sayap IslamBAMUSI (Baitul Muslimin Indonesia)
Sayap TionghoaKITA Perjuangan (Komunitas Indonesia Tionghoa Perjuangan)
Keanggotaan474.247 (2023)
IdeologiPancasila
Demokrasi sosial
Liberalisme sosial
Nasionalisme ekonomi
Nasionalisme Indonesia
Populisme
Progresivisme
Sekularisme
Soekarnoisme
Faksi:
Marhaenisme
Kedudukan politikKiri-tengah ke sayap kiri
Hubungan antarabangsaAliansi Progresif
Jaringan Demokrasi Sosial di Asia (en)
Dewan Liberal dan Demokrat Asia
Warna    
SloganKerja Kita, Kerja Indonesia
Tapak sesawangpdiperjuangan.id
Pautan lain
Kerusi di DPR
128 / 575
Kerusi di DPRD I
418 / 2,232
Kerusi di DPRD II
2,803 / 17,340
sunting · sunting di Wikidata

Parti Demokrasi Indonesia - Perjuangan (PDI-P), lebih dikenali sebagai Parti Banteng (Lembu), adalah salah satu parti politik Indonesia yang besar.

Pembentukan PDI-P dapat dikaitkan dengan Peristiwa 27 Julai 1996 yang menyebabkan kemunculan Megawati Soekarnoputri daripada kancah politik kebangsaan. Walaupun sebelum peristiwa ini, Megawati tercatat sebagai Ketua Umum Parti Demokrasi Indonesia dan anggota Suruhanjaya I DPR, namanya dikenal diseluruh Indonesia setelah peristiwa itu.

PDI-P ditubuhkan oleh Presiden Jusuf Habibie untuk menyertai Pilihan raya umum 1999. Dalam pilihan raya umum ini, PDI-P memperoleh peringkat pertama untuk suara DPR dengan memperoleh 151 kerusi. Walaupun demikian, PDI-P gagal melantik Megawati ke jawatan presiden, kerana beliau kalah undi dalam Persidangan Umum MPR 1999 kepada Abdurrahman Wahid. Oleh sebab itu, Megawati menduduki kerusi timbalan presiden. Setelah Abdurrahman Wahid turun daripada jabatan presiden pada tahun 2001, PDI-P menempatkan Megawati ke jawatan presiden.

Dalam Pilihan raya Dewan Undangan 2004, perolehan suara PDI-P turun ke peringkat kedua, dengan 109 kerusi. Untuk Pemilihan Presiden 2004, PDI-P kembali mencalonkan Megawati sebagai calon presiden, berpasangan dengan KH Hasyim Muzadi sebagai calon timbalan presiden. Pada pilihan raya tahun 2014 PDI-P menduduki peringkat teratas parti dan berhasil mencalonkan Joko Widodo sebagai presiden republik Indonesia, Joko Widodo menang dengan majoriti 53.15%. PDI-P juga meneruskan momentum kemenangan pada Pilihan Raya Indonesia 2019 dengan Joko Widodo sekali lagi menewaskan Prabowo Subianto dengan jumlah 55.5% majoriti.