Kabinet Hussein kedua

Kabinet Hussein kedua

Kabinet Malaysia Ke-8
Orang dan pertubuhan
Ketua negaraSultan Yahya Petra ibni al-Marhum Sultan Ibrahim (1978–1979)
Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’azzam Shah (1979–1981)
Ketua kerajaanHussein Onn
Timbalan ketua kerajaanMahathir Mohamad
Parti anggota
Status dalam badan perundanganUMNO memimpin kerajaan majoriti
Parti pembangkang
  • DAP
  • PAS
  • Persatuan Rakyat Sarawak
Ketua pembangkangLim Kit Siang
Sejarah
Pilihan rayaPilihan raya umum Malaysia 1978
Penggal dalam badan perundanganParlimen Malaysia ke-5
Belanjawan1979, 1980 & 1981
Pembentukan masukHussein Onn (kabinet Hussein kedua)
Pembentukan keluarMahathir Mohamad (kabinet Mahathir pertama)
PendahuluKabinet Hussein pertama
PenggantiKabinet Mahathir pertama

Hussein Onn menubuhkan barisan kabinet keduanya setelah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong selepas kemenangan Barisan Nasional di dalam pilihan raya umum Malaysia 1978 pada 8 Julai 1978. Hussein Onn selaku Perdana Menteri sejak kabinet Hussein pertama memimpin kabinet bersama-sama dengan parti-parti komponen yang lain di dalam Barisan Nasional. Beberapa menteri muda turut dilantik di dalam barisan kabinet termasuk Najib Razak iaitu anak kepada Allahyarham Tun Abdul Razak yang meninggal dunia pada tahun 1976.