Duyung (filem)

Duyung
PengarahAbdul Razak Mohaideen
PenulisAzhari Zain
Dihasilkan oleh
Dibintangi
Disunting olehFaizul A. Rashid
Muzik olehEdry Abdul Halim
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehPrimeworks Studios
Tarikh tayangan
  • 6 Mac 2008 (2008-03-06) (Malaysia)
Masa tayangan
91 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 1.5 juta
Pecah panggungRM 4.679 juta

Duyung merupakan sebuah filem komedi romantik fantasi Malaysia 2008 arahan Abdul Razak Mohaideen yang telah ditayangkan di pawagam pada 6 Mac 2008. Filem ini diterbitkan oleh KRU Films dengan usahasama Grand Brilliance dengan kerjasama Lineclear Motion Pictures. Penggambaran cerita ini dilakukan di pantai timur Sabah. Ia membintangkan Saiful Apek sebagai seorang insan berhati mulia yang berkawan dengan seekor ikan duyung yang dilakonkan oleh Maya Karin.