Dr Kronik

Dr Kronik
AsalMalaysia
Genrerock moden
Tahun aktif2000
Kegiatan berkaitanBerkumpulan
sunting ยท sunting di Wikidata


Kumpulan Dr Kronik merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Melayu.

Kumpulan Dr Kronik merupakan sebuah kumpulan rock moden yang bernaung di bawah label KRU Records. Pada mulanya kumpulan ini bermula pada zaman persekolahan sebagai kumpulan Reds, dan membuat persembahan semasa persandingan, ekspo dll.

Mereka mendapat beberapa tawaran dari syarikat rakaman, tetapi enggan menerimanya kerana tidak diberi kebebasan memainkan muzik corak mereka. Bagaimanapun selepas mereka memenangi pertandingan Battle of the Bands, KRU Records membuat tawaran termasuk membenarkan mereka mamainkan corak lagu mereka tersendiri. Mereka kemudiannya menukar nama kepada Dr Kronik.