Suwabe Junichi
Junichi Suwabe | |
|---|---|
諏訪部 順一 | |
| Kelahiran | 29 Mac 1972 Tokyo, Jepun |
| Pekerjaan | Pelakon suara |
| Tahun aktif | 1995–kini |
| Ejen | Haikyo |
| Ketinggian | 173.3 cm (5 ka 8 in) |
| Anugerah | Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dalam Anugerah Seiyuu Ke-7 |
Junichi Suwabe (諏訪部 順一, Suwabe Junichi, lahir 29 Mac 1972) ialah seorang pelakon suara lelaki Jepun. Beliau adalah ahli kepada Haikyo. Peranan beliau yang menyuarakan watak-watak animasi popular iaitu Grimmjow Jaegerjaquez dalam Bleach, Omega Zero dalam Megaman Zero 3, Keigo Atobe dalam The Prince of Tennis, Victor Nikiforov dalam Yuri!!! on ICE, Freed Justine dalam Fairy Tail, Masataka Ninomiya dalam World Trigger, Yami Sukehiro dalam Black Clover, Sentinel Prime dalam Transformers: Animated, Ryomen Sukuna dalam Jujutsu Kaisen, Archer dalam Fate/stay night, Ren Jinguji dalam Uta no Prince-sama, Undertaker dalam Black Butler, Leone Abbacchio dalam JoJo's Bizarre Adventure: Golden Wind, Daiki Aomine dalam Kuroko's Basketball, Jurota Shishida dan Shōta Aizawa dalam My Hero Academia, Dandy dalam Space Dandy, Bercouli Synthesis One dalam Sword Art Online, Akira Hayama dalam Food Wars! Shokugeki no Soma, Dark Choco Cookie dalam Cookie Run: Kingdom, Shoei Barou dalam Blue Lock, Oda Sakunosuke dalam Bungo Stray Dogs dan Ryoh Grantz dalam Mashle: Magic and Muscles .
Beliau dicalonkan untuk Anugerah Nyanyian Terbaik di Anugerah Seiyu ke-6, dan menerima anugerah Pelakon Pembantu Terbaik di Anugerah Seiyu ke-7. Beliau juga telah menyediakan alih suara untuk pelakon Korea Selatan Gong Yoo.
Beliau berada dalam kumpulan yang dipanggil PHERO☆MEN (フェロ☆メン) dengan rakan pelakon suara Kohsuke Toriumi.