Jujutsu Kaisen

Jujutsu Kaisen
呪術廻戦
Genre
Manga
PengarangGege Akutami
PenerbitShueisha
Penerbit Lain
DemografikShōnen
PencetakanJump Comics
Majalah AsalShōnen Jump Mingguan
Tarikh Pengeluaran5 Mac 2018 – kini
Jilid28
Siri televisyen anime
PengarahSunghoo Park
Penerbit
  • Hiroaki Matsutani
  • Makoto Kimura
  • Toshihiro Maeda
  • Yoshiaki Takagaki
  • Yuriha Murai
Skrip/PenulisHiroshi Seko
Lagu/Muzik
StudioMAPPA
Dilesenkan oleh
Penyiaran AsalJNN (MBS, TBS)
Tarikh tayangan3 Oktober 2020 – kini
Episod47
Prekuel

Jujutsu Kaisen (Jepun: 呪術廻戦, Hepburn: Jujutsu Kaisen, lit. "Pertarungan Seni Mantera") ialah siri manga Jepun yang ditulis dan diilustrasikan oleh Gege Akutami secara bersiri dalam Shōnen Jump Mingguan milik Shueisha sejak Mac 2018. Bab Jujutsu Kaisen dikumpul dan diterbitkan oleh Shueisha, dengan lapan belas jilid tankōbon dikeluarkan setakat Disember 2021. Kisah ini mengikuti pelajar sekolah menengah Yuji Itadori ketika dia menyertai sekolah dan pertubuhan pemantera rahsia untuk membunuh suatu sumpahan berkuasa bernama Ryomen Sukuna, yang menjadikan Yuji sebagai perumahnya. Manga ini ialah sekuel kepada karya Tōkyō Toritsu Jujutsu Kōtō Senmon Gakukyō juga dari Akutami yang disirikan dalam Jump GIGA milik Shueisha dari April hingga Julai 2017 sebelum dikumpulkan sejilid tankōbon sebagai Jujutsu Kaisen 0 pada Disember 2018.

Ia dilesenkan untuk edaran terjemahan bahasa Inggeris di Amerika Utara oleh Viz Media, yang telah menerbitkan manga dalam cetakan sejak Disember 2019. Shueisha menerbitkan siri ini dalam bahasa Inggeris di platform dalam talian Manga Plus. Dua novel berlatar anime ini nukilan Ballad Kitaguni masing-masing diterbitkan pada Mei 2019 dan Januari 2020. Sebuah adaptasi siri televisyen anime 24 episod oleh MAPPA disiarkan di MBS dari Oktober 2020 hingga Mac 2021. Anime ini dilesenkan oleh Crunchyroll untuk penstriman di luar Asia, yang menayangkan tayangan perdana alih suara bahasa Inggeris pada November 2020. Runut bunyi asli anime tersebut telah dikeluarkan pada April 2021. Musim kedua akan ditayangkan pada 2023.

Sehingga Disember 2021, manga Jujutsu Kaisen mempunyai lebih 60 juta salinan dalam peredaran, termasuk novel yang berkaitan, versi digital dan Jujutsu Kaisen 0, menjadikannya salah satu daripada siri manga terlaris sepanjang zaman.